Jangan Suka Tinggal-tinggal

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT 

JANGAN SUKA TINGGAL-TINGGAL

Ada cerita hantu penanggal
Belum tengok lutut menggeletar 
Solat jangan sengaja ditinggal
Usahakan juga walau jasad terlantar

Sekian lama kampung ditinggal
Ke luar negara niat merantau
Anak kecil jangan ditinggal-tinggal
Musibah itu tidak berbau

Lima tahun sekali penggal
Kemudian undian diadakan semula
Sisa makanan jangan ditinggal-tinggal 
Buanglah di tempat sepatutnya

Masak kicap ikan tengkiri
Pergi ke kebun bawa bekal
Bila berjanji jangan mungkiri
Hilang kepercayaan rugi yang tinggal


Jangan Suka Tinggal-tinggal

Semalam PC buat kuih
Kuih buah melaka pilihan hati 
Tinggal-tinggal kerana kasih
Niat mencari rezeki untuk permaisuri

#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. In syaa Allah.
    mengingatkan perkara yang baik adalah satu ibadah.
    Sedap kuih melaka tu.

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana mengingatkan
    sedap betul nampak kuih buah melaka tu.. lama jugak tak membuat nya.. menu wajib anakanda bulan ramadhan nanti

    BalasPadam
  3. Pantun lagi.. hehehe.. Feveret Kak Sue tau kuih nie.. ❤

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama