Menampakkan Banyaknya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT 


MENAMPAKKAN BANYAKNYA ~ Rezeki tak sama.Ini hakikat.Ada yang ada niat yang baik namun kemampuannya hanya cukup-cukup sahaja untuk diri sendiri dan keluarga.Ada juga yang mahu menyumbang atau memberi tetapi sangat terhad mengikut apa yang dikehendaki bukan apa yang disyaratkan.Terkadang serba salah jadinya.

Garu kepala jadinya.Memang serba salah.

Benar jangan terlalu ambil pusing dengan kata-kata dan pandangan sinis orang,namun hakikatnya perlu juga ambil tahu lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan air muka kita atau orang lain.

Menampakkan banyaknya.

Bersungguh ikhlas mahu memberi tapi kekangan kewangan.Jadi bagaimana mahu mengatasinya agar berada di situasi selesa,gembira,bahagia dan berlapang dada.

Berbahagi-bahagi seorang sedikit.Mengadakan atau memberi secara berkumpulan atau berkelompok.Sorang sikit.Ada yang suka cara begini.Ada juga yang kurang selesa.Terserah masing-masing sebenarnya tapi bersyarat.Bila mengeluarkan modal wang atau barangan berkumpulan..jangan jadi talam dua muka.Jangan mengata-ngata.Jangan berbisik-bisik.Dia mampu bawa sesudu garam alhamdulillah..kita mampu bawa segenggam beras syukuri.

Mencari menu yang muai.Mentahnya sedikit,sesudah dimasak menjadi banyak.Contoh bubur nasi.Bubur kacang.Bihoon.Nasi goreng.Kuih muih.Buah-buahan.Mudah-mudah sahaja tapi ramai orang boleh makan.Gula-gula..walau berinya sebiji tapi berpuluh orang boleh rasa manisnya.InsyaAllah.Sebenarnya terserah pada diri.

Rahsia sebenarnya bagaimana menampakkan banyaknya rezeki dengan sedekah dan keberkatan.Cubalah.Mulakan sedikit dahulu.Nikmatnya nanti menyusul.Amin.

Menampakkan Banyaknya

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setuju tu PC,lebih baik kita ikhlas dalam memberi..Apa yang mampu untuk kita berikan,alhamdulillah..sama-sama sikit.Bila ramai yang memberi jadilah ia seperti gunung..Dapat rasai sama sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...bila dikumpul jadi banyak...lebih ramai dapat menikmati...sama-sama merasai...

      Padam
  2. tepat kata-kata tu, sedekah itu membanyakkan, keberkatan itu mencukupkan =)

    BalasPadam
  3. Betul tu PC, kemampuan kita tak sama. Apa pun yang penting ikhlas...

    BalasPadam
  4. Betul tu PC, sedekah nie boleh murahkan rezeki apatah lagi pahala yang bakal dibawa ke sana..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama