Sepertinya Lautan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

SEPERTINYA LAUTAN

Daratan.Lautan.
Tuhan yang menjadikan.
Lautan melebihi keluasannya.
Namun.
Diketika beberapa lautan mula kekeringan.
Ya.Tanda pengakhiran.
Suntuk.
Bagi yang memahami.
Banyak lagi.
Bagi yang tidak mahu mengerti dan ambil peduli.
Jangan nanti fakir di dunia tiada jalan pulang.

Sepertinya lautan.
Luas.
Mewah dengan hidupan.
Untuk menyambung hidup yang hidup.
Yang memerlukan.
Tidak berhabisan.
Menjadi laluan dan perhubungan.
Menjadi juga sasaran rakus dan zalim insan.

Kehidupan.
Sepertinya lautan.
Semakin jauh kaki melangkah.
Semakin luas dipenglihatan.
Semakin dalam boleh menggali dan mencari.
Gelombang.Pasang.Surut.Tenang.Di lautan.
Debar.Duka.Suka.Bahagia.Di kehidupan. 

SEPERTINYA LAUTAN

#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Mendalam maksudnya nie PC..

    BalasPadam
  2. Lautan juga salah satu nikmat Allah. Rasa tenang je bila tengok. Tp bila datang ombak besar, seram juga dibuatnya.

    BalasPadam
  3. "Gelombang.Pasang.Surut.Tenang.Di lautan.
    Debar.Duka.Suka.Bahagia.Di kehidupan."
    love what u said, PC. perfect!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama