Terangkan Malam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT 


TERANGKAN MALAM ~ Kalau tidak malam ini .. ada lagi malam-malam yang lain.Ingat,belum tentu malam seterusnya kita masih bernyawa..masih juga di dunia.Belum tentu juga masih dapat melihat bulan dan bintang berkelipan.Allahu.SubhanaAllah.

Semai dalam hati niat yang betul.Paksa diri untuk melakukan apa yang jarang dan asing untuk ditunaikan.Berat kawan.Memang berat.Cakap memang mudah.Eh,sebenarnya tersangat mudah..tapi bab untuk melaksana..sila gigih.

Terangkan malam.

Ada berasakan tiadanya malam kerana cahaya lampu yang terang benderang.Melayan keasyikkan sendiri.Ke mana-mana .. entah dengan siapa.Ada masanya tersasar itu boleh berlaku kerana ianya cukup mudah..kenapa?...bila nafsu dan hasutan bertemu di titik yang saling menyokong dan menarik...tiada istilah fikir dua tiga kali..tekad.Tapi bila Allah berkendak..tiada yang pernah mustahil.Menjadi sebaik-baiknya insan.

Sebaik-baiknya insan juga bukan malaikat..jauh sekali terhindar dari melakukan khilaf.Justeru pandang atas zahiriah insan biasa.Sentiasa berusaha perbaiki diri.Apatah lagi kita..atau mungkin PC sahaja😂.Terangkan malam itu sukar.Namun andai itu yang dapat lebih mendekatkan..mengapa tidak diusahakan.Cubalah.


TERANGKAN MALAM
Google image 

#mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sama-samalah kita perbaiki diri. Khilaf lumrah buat kita kan janji ada usaha utk perbaiki khilaf tersebut.

    BalasPadam
  2. In syaa Allah.
    Semoga nur itu menerangi hati kita

    BalasPadam
  3. Jom support my segmen here.. =)
    https://thisni3zahata.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-by-thisni3za.html

    BalasPadam
  4. stiap manusia tak kan lari dri melakukan kesilapan.. tp antara kita sndiri nak betulkan ia atau biarkan begitu saja..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama