Basah Kering Keringat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


BASAH KERING KERINGAT | 1 MEI .. sambutan Hari Pekerja.Ya,disebut juga hari buruh.Ada yang bercuti panjang hingga esok.Terserah.Ambil peluang.Isi ruang sebaik-baiknya bersama yang tersayang.

Majikan .. pekerja .. hakikatnya tetap bermajikan pada DIA.

Hidup ber"Tuhan" tiada istilah cuti.Sebagai hambaNya istilah rehat dan bersenang lenang itu nanti .. di syurga-NYA.

Basah kering keringat.

Pengalaman bekerja dan bermajikan itu indah bagi PC.Rezeki.Luas ukhuwah,tambah pengalaman.Banyak cabarannya juga.Ada masa lelah dengan ragam manusia yang tidak mahu belajar faham.Sesekali mual melihat tingkah yang sumbang.Ragam.Banyak telatah.Kaki jenaka..tukang penambah perisa..huiiii macam-macam ada.Warna-warni.Nikmati.Bismillah. 

Melepas lelah.Tidak seteguh mana jiwa yang merasa.Ada ketika tumpas juga.Sasaran pertama DIA.Sasaran seterusnya En Suami..hehehe.Menagih doa itu bukan luar biasa sebagai penyuntik jati diri ..

Dulu Jua tahu minta .. minta dan minta .. maaf babah .. maaf mama .. rupanya susahnya mencari rezeki walau 20 sen - PC

Kita akan lebih menghargai bila diri sendiri melalui - Babah
Kerja dengan manusia ada pasang surut,ada panas sejuk..tengok diri sendiri - Mama
Bekerja bukan sekadar mencari rezeki tapi lebih dari itu sayang .. sabar - En.Suami
Bekerja.Bekerjaya.Bermajikan atau sebaliknya .. terus sabar dan fokus.Jangan kemudiankan apa yang mesti didahulukan.Jangan diringankan apa yang nampak mudah tapi berat azabnya.Lelah,letih,kekangan masa itu ujian pertama.Carilah dan jadilah rakan sekerja yang tidak jemu berpesan-pesan pada kebaikkan.

Jangan takut dibenci kerana berpesan pada kebaikkan .. itu lebih baik daripada disukai dalam kemurkaan-Nya - PerduCINTA 
Basah kering keringat.

Usahakan menjadi pekerja yang penatnya berpahala bukan keringatnya sia-sia.Lakukan kerana Allah.Jadikan ibadah.Kalau rasa tidak dihargai manusia .. yakin ganjaran pahala sentiasa mengalir deras.Luruskan niat.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

3 comments:

  1. Setiap hari sebelum keluar rumah pasang niat bekerja untuk beribadah dan mencari rezeki halal. InsyaAllah diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Salam kemaafaan dan kenerkatan sempena Nisfu Syaaban dan selamat menyambut Hari Pekerja. Setiap kita adalah pekerja yg diberi amanah di dunia ini. Semoga menggalas amanah dgn sepenuh keihklasan, in shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kemaafan dan keberkatan.. typo pulak hehe

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.