Di Bulan Mei 2018

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


DI BULAN MEI 2018 | Masuk bulan Mei dah kita.Alhamdulillah.Ada yang berasa cepatnya masa.Ada juga yang berasa sebaliknya .. lambat waktu dan tarikh berganjak.Bila yang gembira cepat berlalu..bila yang sebaliknya lambat nak bertukar waktu.Walhal sama sahaja cuma mungkin perasaan dan pemikiran kita mempengaruhi rasa.Adakala kita mengharapkan janganlah masa cepat berlalu...ada ketika segeralah waktu berlalu pergi.

Di Bulan Mei 2018

Di bulan Mei 2018.

Selepas lima tahun dan setiap lima tahun gelombang pilihanraya menjadi hangat dan mengambil alih tumpuan.SubhanaAllah.Tiada yang lebih bererti melainkan rakyat Negara Malaysia sentiasa harmoni dan bersatu hati biarpun dengan kepercayaan,fahaman agama dan pendirian masing-masing.

Saling menghormati dan menghargai.Sentiasa menyokong dan menasihati.

Hari ini ...

Pilihanraya Umum Ke-14
5 Mei
Mengundi untuk warga ATM serta anggota PDRM dan pasangan.

Kemudian ...

9 Mei
Mengundi untuk orang awam yang layak dan telah berdaftar serta mendaftar.

Seterusnya ...

16 Mei 
Sambutan Hari Guru.Tema tahun ini (2018) PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN.

Yang dinanti-nanti ... 

17 Mei
1 Ramadhan 1439H 

Ada yang terlebih dahulu kembali menghadap Ilahi sebelum sempat melalui apa yang bakal dirai..kita yang masih diberi peluang olehNYA jangan mensia-siakan.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

9 comments:

  1. masa berlalu cepat sangat. mudah2an kita sempat bersama2 menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....insyaAllah moga Allah permudahkan semuanya😊

      Delete
  2. Selamat mengundi PC. Semoga pilihan kita adalah yang terbaik demi agama dan negara hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin,insyaAllah kak Ana..begitu harapnya😊

      Delete
  3. cepat sangat masa berlalu kan PC.. tak sedar dah nak puasa.. kejap je masa berjalan tanpa kita sedar sebenarnya masa tu sentiasa bergerak. Selamat mengundi dan selamat berpuasa yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...cepat..bulan mengundi dan bulan Ramadhan dalam bulan yang sama...moga semua baik-baik sahaja😊

      Delete
  4. Selamat mengundi.
    Buatlah pilihan yang tepat.

    Selamat menyambut bulah Ramadan.
    Diam tak diam dah hampir separuh tahun 2018 ini.

    ReplyDelete
  5. Rasa cepat je masa berlalu dan bersyukur masih mampu menghirup udara di keliling kita.

    ReplyDelete
  6. Smoga Mei ini lebih bermakna. amin.. <3

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.