Puasa .. Tidak Melemahkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

PUASA .. TIDAK MELEMAHKAN

Hari ini Ramadhan keenam
Kita berpuasa penuh kesyukuran
Solat berjamaah mengikut imam
Membentuk disiplin juga keimanan

Lapar dan dahaga sepanjang hari
Niat itu menjadi benteng
Terus bergerak dan beraktiviti
Fikiran lapang jiwa pun senang

Singgah sebentar ke pasaraya
Mahu membeli gula melaka
Setiap tingkah ada batasnya
Berpuasa juga antara acuannya

Lesu dilalui sepanjang hari
Kerana Allah kita melunasi
Setiap pekerjaan terus diterajui
Tiada alasan begitu begini

Lagu raya sudah kedengaran
Hati terhibur melalui pendengaran
Biar tidak menjamah sebarang makanan
Puasa itu tidak melemahkan

Tidak didamba banyak berlian
Emas seurat ikhlas pemberian
Rehatkan perut dari makanan
Moga meningkat nilai keimanan 

#sama-sama mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul PC, sesungguhnya puasa langsung tidak melemahkan kita..
    Letih lesu itu perkara biasa yang penting semangat dan iman dalam diri..

    BalasPadam
  2. Btol tu. Puasa ni kena banyak kan bersabar, tingkatkan ibadah.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Benar puasa bukan melemahkan malahan menambah lagi semangat.
    Mari kita selusuri Peperangan Badar al-Kubra yang telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah saw sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang berhadapan dengan 1000 orang tentera kafir Quraisy.

    Jika kita berfikir sejenak, apakah Allah SWT tidak mengetahui bahawa tentera Islam sedang berpuasa? Jadi, mengapa diwajibkan berperang sedangkan ketika itu masing-masing dalam keadaan lapar dan keletihan.

    Jelas bagi kita bahawa Allah SWT ingin menunjukkan bahawa walaupun sedang berpuasa tetapi bukan alasan untuk bermalas-malasan, meletihkan, melemahkan dan sebagainya. Terbukti tentera Islam menang dalam peperangan tersebut. (sekadar penambah perisa)

    BalasPadam
  4. puasa ni mengingatkan kita pasal orang yang tak mampu. kita yang berkemampuan ni, jangan sesekali membazir.

    BalasPadam
  5. Puasa membina jati diri dan mengukuhkan keimanan, melembutkan hati dan mendidik amalan yg baik.

    BalasPadam
  6. Bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan..

    BalasPadam
  7. Bulan Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama