Sangat-sangat Mempengaruhi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SANGAT-SANGAT MEMPENGARUHI ~ Setiap kita saling bergantungan..saling memerlukan juga sentiasa mengharapkan sokongan dan dukungan.Tidak kiralah dari sudut mana pun.Sesiapa pun..kecil besar tua mahupun yang muda.Haiwan waima tumbuhan pun sentiasa memerlukan sokongan,dengan cara masing-masing.

Sangat-sangat mempengaruhi ..

Sedari alam rahim.Sahsiah anak-anak sering dikatakan terbentuk dan terlentur sedari alam rahim lagi.Justeru ketika melalui fasa kehamilan wanita atau ibu serta bapanya harus menjaga bukan sahaja pada bab pemakanan,malahan pada semua aspek.PC belum berpengalaman,namun majoriti sahabat-sahabat PC mengatakan didikan pertama anak adalah sedari alam rahim lagi,kerana apa pun tingkah yang ibunya lakukan semasa hamil,ianya akan menurun ke anak-anak selepas dilahirkan.

Masyarakat jadilah pembentung yang bulat.Bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana muafakat.Sesiapa pun risiko mudah terpengaruh itu ada.Kalau tidak kita mempengaruhi,kita dipengaruhi.Rasa terpengaruh dan ingin mempengaruhi mungkin tidak dalam hangka waktu yang singkat namun bila ianya sentiasa..hujungnya terikut juga.

Tingkah,pemikiran dan lisan kita sebenarnya sangat-sangat mempengaruhi dan dipengaruhi banyak pihak.Sedar atau tidak,terkadang ianya membina dan mungkin juga membinasa.Justeru,hati-hati dan fikir berulangkali.

#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ya betul. masyarakat harus memainkan peranan untuk memastikan kehidupan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif.

    BalasPadam
  2. BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  3. memang betul kita perlu didik anak sedari dalam rahim namun bila mereka melangkah dewasa mereka akan berubah mengikut persekitaran dan pergaulan tapi kita tak harus berhenti setakat itu utk memastikan mereka tidak terpengaruh kearah negatif

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama