Baki Yang Tinggal

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


BAKI YANG TINGGAL  | Jun mengganti.Alhamdulillah masuk ke fasa enam bulan pertama di tahun 2018.Berakhirnya nanti bulan Jun bererti setengah tahun pertama ini berlalu tanpa boleh kita ulangi.SubhanAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.Hari ini .. 16 Ramadhan 1439H.Jumaat.

Baki yang tinggal.

Kesibukkan sehari-hari terkadang buat kita tidak perasan pun yang sekejap sahaja hari berganti hari.Sekejap sangat.Tidak hairanlah kalau kita mengatakan "rasa macam baru semalam masuk 2018,,ni dah bulan Jun" ... "rasa macam baru semalam umum puasa .. hari ini dah 16 hari berpuasa" ... "semalam baru sembang .. hari ni dia dah meninggalkan kita" .. Allahu.

Berapa baki untuk kita.Masa,hari,rezeki,umur ... berapa.Semua Allah rahsiakan.Cantik sangat supaya yang ada sentiasa dihargai dan disyukuri.Baki yang tinggal gunakan sebaiknya selagi masih ada denyut nadi.Masih rancak degup jantung.

Baki yang tinggal mungkin untuk kita...atau mungkin ada untuk orang lain juga.Tidak tahu berapa untuk kita dan berapa juga untuk yang lainnya.Jadi hati-hati mengurusnya.

Baki Yang Tinggal


#sama-sama mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allahu rabbi, kena muhasabah diri dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakan

    BalasPadam
  2. aida in shaa Allah oktober nanti, 40 thn.
    sesungguhnya lately byk membaca tentang nombor itu.
    in shaa Allah...
    sedang cuba perbaiki diri.
    tak pernah jemu baiki diri.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama