Masing-masing Ada Tekak Dan Perut

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


MASING-MASING ADA TEKAK DAN PERUT |  Perrhhh tajuk..ganas.Ginilah,ringkas yang membawa maksud pada tajuk dalam bahasa mudahnya adalah .. lapar tapi selera tekak tidak sama..citarasa tu beza-beza setiap orang.

Masing-masing ada tekak dan perut.

Pergi warung.Restoran.Kedai mamak.Food court.Ada menu.Kenapa tak semua orang..atau pelanggan pesan menu yang sama..kalau ada sama..TIDAKLAH semuanya..tidak juga keseluruhannya kecuali menu yang ditawarkan memang cuma satu atau dua sahajalah.Kalau order selain itu jangan marah kena jeling berbara panas bola-bola api skala 24.Kerana tekak ada rasa dan selera atau citarasa berbeza-beza untuk mengisi perut yang berzumba riang.

Terhidang menu kegemaran tapi tidak terbuka selera.Eh,pulak.Ya,tidak mustahil hal ini boleh berlaku.Perut sakan berzapin sesudah berzumba.Tapi tekak pulak cerewet yang amat.Masing-masing ada tekak dan perut.Kita boleh masak tapi belum tentu orang boleh terima masakkan kita.Ini hakikat.Begitu juga kita,belum tentu boleh terima apa yang dimasak oleh orang lain.

Cuba tapi JANGAN PAKSA.Lebih mudah lakukan bermula dengan diri sendiri dahulu.Tidak biasa dengan menu baru tidak salah untuk mencuba.Cuba sikit-sikit.Sesudah mencuba tekak tidak boleh terima maka berhentilah.Pastikan tidak mencuba itu bukan kerana sengaja atau kerana terlalu cerewet dan memilih ya.Kecuali memang tengok dan bau pun sudah buat kembang tekak dan berdiri bulu roma.

Lumrah yang hidup ada rasa lapar dan dahaga.Dan ada selera masing-masing.Dengan cara masing-masing juga.Tidak terkecuali tumbuhan dan haiwan ya.Sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia berakal juga beragama..cari dan makanlah rezeki yang biar sedikit dan sederhana,tapi sentiasa halal ,berkhasiat dan suci.

MASING-MASING ADA TEKAK DAN PERUT
Kredit : Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rambut sama hitam tapi selera lain-lain ye PC. Sedap tu subjektif. Tak sama antara satu sama lain. Yang penting hormat sesama kita

    BalasPadam
  2. ejulz paling x suka bila masa lapar tapi xda selera makan. hehe

    BalasPadam
  3. perut n tekak kena jaga. kerana mulut dan perut badan binasa.

    BalasPadam
  4. Semua kita ada pelbagai kemahuan dan citarasa. Selagi tak bersalahan dan berpada2, kita raikanlah sebagai reward utk diri, in shaa Allah.

    BalasPadam
  5. smuanya tergantung pada diri sndiri asalkan kita dalam keadaan bersederhana. inshaAllah yg baik smua datang dari DIA, :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama