بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum WBT
TOLONG-TOLONGLAH YA | Alhamdulillah atas segala nikmat.Allahu.Tolong menolong amalan mulia.Eh,sebenarnya tersangat mulia.Tolong benda baik kita pun dapat pahalanya juga.Tapi sekarang susah nak tolong yang tak ada makna..yang tak ada pengerasnya..yang tangan kiri tak tahu..yang hanya diri dia dan Allah sahaja yang tahu.Kalau orang tahu pun dari orang yang ditolong.Ada yang masih tulus dan jernih hatinya.Ada!!,tapi macam sebiji mutiara yang terbenam ke dalam lumpur bercampur dengan kaca-kaca halus.
Tolong-tolonglah ya.
Bagi yang bekerja sedia maklum.Ada yang baliknya berjadual.Sangat lazim diketika musim dan waktu perayaan terutama aidilfitri.Ada yang balik diperingkat atau kumpulan pertama..atau kedua dan terusnya seperti yang ditetapkan unit,agensi atau jabatan masing-masing.Sebenarnya ini sistem bergilir juga.Moga lebih adil.Lebih telus.Lebih sabar.Aamin.
Tidak kira tinggal di taman perumahan.Rumah pangsa.Kuarters dan sebagainya..jiran tetangga tolong-tolonglah ya sama-sama besarkan mata,lebarkan telinga memantau persekitaran kediaman anda terutama rumah jiran yang telah balik ke kampung lebih awal.Tambahan aidilfitri kali ini juga sama dengan tarikh cuti sekolah makan ibu bapa juga tidak teragak-agak untuk ambil cuti awal dan lebih.
Di kampung-kampung juga .. tidak semua anak-anak balik ke kampung kerana ada segelintirnya mereka mengambil ibu bapa masing-masing untuk tinggal dan meraikan aidilfitri bersama di rumah mereka.Termasuklah memilih untuk melancong ke luar negara ketika aidilfitri.Maka jiran-jiran harus saling tolong-tolonglah ya menjadi mata dan telinga sepeninggalan jiran kita.
Kurang empat hari untuk ummat Islam meraikan aidilfitri .. bukan sahaja dipusat membeli belah yang sibuk dan bersesak .. jalanraya apatah lagi.Tidak kurang sesaknya.Tempat menguji kesabaran sungguh.Bila semua orang sentiasa menjaga insyaAllah lancar perjalanan.Jadi,tolong-tolonglah ya semua pemandu kenderaan..pengguna jalanraya .. buang pemikiran atau sikap dan anggapan "jalanraya ini saya punya".
#sama-sama mencari redha Ilahi
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
jadual penggiliran masa bekeja tu kena betolak ansur. kesian yang tiap tahun terpaksa bekerja. jiran tengga pun memainkan peranan penting masa ni, boleh pantau rumah kita dari masa ke semasa. dan yang paling risau di atas jalan raya. bertolak ansur itu penting, signal dan sabar dalam perjalanan.
BalasPadamselamat pulang berhari raya
musim raya ni memang kena alert lebih sikit sebab ramai yang buat projek mencuri
BalasPadamBetul tu kak pc, kita semua perlu tolong menolong antara satu sama lain.. Dan saling memerlukan antara satu sama lain..
BalasPadamBetul tu.. budaya tolong menolong sekarang ni bukan mudah nak sama mcm dulu2. Risau juga kdg2 sesetengahnya menganggap busy body pula.. wallahu. Tp yg penting, biarlah tolong menolong ikhlas, in shaa Allah, Allah jua yg membalas semuanya dengan berkali ganda pertolongan.
BalasPadamBudaya tolong menolong kena ada kesedaran, kena diberi kesedaran selalu, kalo tak mmg budaya hidup nafsi2 tu dah menjadi kelaziman.
BalasPadamTolong menolong ke arah kebaikan saja.
BalasPadamItu yang dituntut