Header Ads

Santuni Dengan Penuh Hikmah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

SANTUNI DENGAN PENUH HIKMAH

Kau.Aku.Kita.Semua.
Suka disantuni.
Balas juga menyantuni.
Bila-bila.
Di mana-mana.
Di masa dan ketikanya.


Tersakiti.Menyakiti.
Melukai.Dilukai.
Semua merasainya.
Dalam.Parah.
Atau bergaris dikulit sahaja.
Terguris tapi tidak berdarah.
Ya,sakit tetap sakit.
Tapi dendam jangan biar bercambah.
Dengan sesiapa pun.
Pada sesiapa pun.


Santuni dengan penuh hikmah.
Apa yang Beliau tidak rasa.
Dihina.Dicaci.Dimaki.Didengki.Dilempar tahi.
Lengkap semua.Cukup meremuk rasa.
Namun musuh-musuh tetap Beliau santuni juga.
Jaminan syurga tidak dijadikan tiket.
Mengapa tidak kita contohi santunnya Beliau.
Selawat dan salam.
Untukmu Ya Rasulullah SAW.


Tiada khilaf berasa betul.
Tapi betul yang bagaimana.
Dilorong mana.Dilandasan mana.
Betul kerana mendengar.
Betul kerana dihadapan mata.
Semak semula.
Rasa betul yang bagaimana.


Semua.Kita.Aku.Kau.
Terikat dengan satu janji.
Hidup.Mati.Kerana Ilahi.
Tidak boleh berbelah bahagi.
Jangan mungkiri.
Jangan cemari.
Jangan terpedaya ilusi duniawi.
SANTUNI DENGAN PENUH HIKMAH.
Atau amal baikmu terpadan bersih dimamah.

#sama-sama mencari redha Ilahi


logoblog

12 ulasan:

  1. buat baik pada semua.. insyallah yg baik2 datang pada kita =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat2.Setiap kebaikkan yang kita buat insyaAllah berbalik pada kita juga nanti...tidak di dunia..di akhirat..aamin.

      Padam
  2. setuju, perlu disantuni dengan adab.. Nabi Muhammad paling hebat diuji

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.Kita tauladankan dahulu...moga kebaikkan itu ditiru..tak langsung dapat pahala...aamin.

      Padam
  3. Sesungguhnya akhlah baginda Rasulullah merupakan teladan yang terbaik buat kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..untuk ummat contohi dan praktikkan sentiasa...aamin.

      Padam
  4. Berbuat baik amalan mulia, semoga sentiasa diberkati atas segala amalan kebaikan... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin,insyaAllah..dan moga Allah lindungi kita dari hal yang tidak baik...

      Padam
  5. Semoga di landasan yang betul dalam kehidupan, amar makruf nahi mungkar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin....aamin..aamin..ini yang sangat2 cuba kita laksanakan...moga Allah bantu.

      Padam
  6. Santun utama ialah tutur kata kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjaga lisan.Betul.Moga lisan tidak memudharatkan kita...aamin.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..