Header Ads

Teguh Terpahat

TEGUH TERPAHAT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Anak katak eh melompat-lompat
Sayangnya cuma lompat setempat
Jangan sentiasa berasa hebat
Selalu teguh ingat Tuhan melihat

Tidur malam pakai celak
Jangan acah-acah berasa hairan
Mengharap syafaat Baginda di akhirat kelak
Sunnah Rasulullah diabai jangan

Ada yang fobia dengan rambutan
Katanya bulu rambutan menakutkan
Tidak usah pertikai kandungan Al Quran
Wahyu istimewa untuk jadikan pedoman

Enak sungguh aroma belacan
Ada yang suka ada yang tidak makan
Setiap pengalaman jadikan ingatan
Baik diamal buruk ditinggalkan

Ikan keli dimasak berlada
Rasa pedasnya menangkap ke telinga
Ingat sentiasa nasihat ayahanda bonda
Jadikan pendinding walau di mana-mana

Manis wajah bertahi lalat
Molek terletak dialis kanan
Kenangan indah sentiasa terpahat
Memori pahit didendam jangan

Cak cak ba
Jong jong inai
Selamat beristirehat semua
Moga dilimpah rasa damai

#sama-sama mencari redha Allah SWT




logoblog

13 ulasan:

  1. InsyaaAllah pc semoga diberiketenangan dan kedamaian selalu

    BalasPadam
  2. yang baik jadi panduan,yang buruk jadi tauladan

    BalasPadam
  3. Deep sangat pantun ni kak pc..
    Terima kasih atas ingatan yang dikongsikan ini.. Penuh inspirasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Husniey..terima kasih ya..aamin.

      Padam
  4. Allahimasollia'la Muhammad, waa'la ali Muhammad. Semoga kita beroleh syafaat Baginda di sana nanti. InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. Insha Allah segalanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  6. Bagus pantun nasihat nie PC, semoga bermanfaat untuk kita semua..

    BalasPadam
  7. Subhanallah walhamdulillah.. semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..