Header Ads

Tidak Boleh Dimarah Tidak Suka Dinasihati..Benarkah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK BOLEH DIMARAH TIDAK SUKA DINASIHATI .. BENARKAH | Gosip atau realiti.Fitnah atau satu hakikat masa kini.Lazim didengari,melentur buluh biar dari rebung..tapi mungkin itu rebung dulu.Rebung sekarang lebih rapuh dan mudah hancur.Semakin mahu dilentur semakin entah bagaimana bentuknya.Biarpun tidak semua tapi begitulah dewasa ini.

Tidak boleh dimarah tidak suka dinasihati .. benarkah.

Melawan dengan perkataan.Memberontak dengan tindakkan.Bukan suatu yang aneh.Tiada yang pelik pun sebenarnya kerana sedari dulu ianya berlaku,bezanya kini lebih berani..lebih berlebih-lebihan dan lebih nekad.Menakutkan.Sangat-sangat.Jiwa-jiwa membara kalau silap mengemudinya merisaukan juga sebenarnya.

Selagi masih ada yang mahu marah itu sayang.Selagi masih ada yang mahu menasihati itu ambil peduli.Bukan kerana mencari khilaf.Tidak untuk menampakkan sisi baik sebelah pihak.Hadam betul-betul.Kesalahan besar atau kecil.Serius atau tidak,berpotensi dilakukan oleh setiap peringkat umur.Bila dimarah,dinasihati,jangan lihat setara atau tidak level sesorang itu mahu mendidik..tapi ambil apa kebaikkan dan pesanan yang ingin disalurkan.

Mengapa berasa tidak boleh dimarah tidak boleh dinasihati.Sudah cukup baikkah.Sudah cukup menjagakah atau memilih kelayakkan si penegur dan penasihat.Rasa sentiasa betul itu bahaya.Bukan sahaja merosakkan diri sendiri,malah menyusahkan orang lain juga.Fikirkan juga padah atau akibatnya.

Manja dan mengada-ngada tersangat bahaya andai tidak dirawat dengan betul.Sungguh.Ianya boleh menjadi penyakit dan wabak yang melemah dan melumpuhkan akhlak generasi sekarang dan mendatang.Jadi tidak hairanlan tidak boleh dimarah tidak suka dinasihati .. benarkah ... ermmmm.Harap maklum.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

7 ulasan:

  1. susah nak nasihat orang dan susah juga nak menerima nasihat orang

    BalasPadam
  2. Biasa orang tegur sebab prihatin dan ambil berat pada kita.
    Terimalah setiap teguran dengan berlapang dada, sentiasa fikir sebab dan akibat setiap perbuatan yang dilakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...asal tegur tidak ke arah yang sinis..terimalah dgn redha...

      Padam
  3. Macam tu lah Kak Sue cakap pada anak-anak dan keluarga yang lain, marah dan nasihat sebab sayang. Kalau dah diam tak peduli tu.. paham-paham ja lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah diam..itu bahaya...kalau yg faham..risau sedih..tapi klu yg tak faham lagi org diam lagi suka..ermmm.

      Padam
  4. Tak semua orang suka diberi nasihat, malah ada yg mencemuh balik bila dinasihatkan.. wallahualam.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..