Header Ads

Hargai Biar Lebih Berharga

HARGAI BIAR LEBIH BERHARGA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Sejambak mawar harum baunya
Terletak cantik di atas meja
Hargailah alam semesta
Antara bukti cinta pada-NYA

Indah sungguh warna si rama-rama
Terbang bebas sini sana
Hargailah ibu bapa kita
Tanpa mereka entah kita bagaimana

Puas menjelajah seluruh benua
Jangan sekadar berseronok sahaja
Jagalah nilai agama dan bangsa
Jika bukan kita siapa lagi mahu menjaganya

Kalau tak tumbuh tidakkan melata
Benar-benar sahih barulah diwarta
Hidup mewah bukan semata dek harta
Tapi bahagia juga dengan redha-NYA

Semerbak harum bunga kenanga
Berseri dipandang kuning warnanya
Hargailah biar lebih berharga
Berguna di dunia dialu-alukan di SANA

HARGAI BIAR LEBIH BERHARGA

#sama-sama mencari redha Allah SWT



4 comments:

  1. Menghargai nikmat dan anugerah Illahi adalah satu kesyukuran.. subhanallah walhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. bw time hihi..sha dah follow..jom follow me back :)

    http://www.opzzpinky.my/2018/08/blogwalking-time-august2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah follow juga..
      Terima kasih follow blog ni...

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..