Semakin Menggila

SEMAKIN MENGGILA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SEMAKIN MENGGILA | Buat kerja gila kalau hujungnya nanti membuahkan hasil,,apa salahnya..asal tidak bercanggah dengan syarak..tidak melangkau sunnah.Bila jaga dua hal ini betul-betul dan baik-baik,insyaAllah yang lain menyusul molek.Tak gitu.Apa yang bahaya dan menyesakkan jiwa dan minda adalah bila apa yang dibuat tersasar dari apa yang sudah terang-terangan Tuhan larang.

Patah balik itu bukan satu yang salah dan mengaibkan.Berubahlah.Dalam apa pun situasi khilaf yang sesiapa pun lakukan..jangan malu untuk kembali ke titik permulaan selagi belum kembali ke alam barzakh (kubur) seterusnya ke alam baqa (akhirat).Sinar itu sentiasa ada walau kelihatan tersangat halus umpama debu-debu halus yang bertebaran.

Gila-gila itu waras tapi penuh hal spontan yang dilakukan..ketawa,beriang gembira di mana berada.Sentiasa menyuntik aura-aura bahagia bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga pada orang yang berada disekelilingnya.Semakin dilayan semakin menggila.

Semakin menggila??..banyak.Macam-macam sekarang ini yang semakin menggila.Yang baik..ada.Yang tidak baik banyak.Allahu.Ada masanya kita dipilih Allah SWT untuk melaluinya,contoh Allah uji dengan kesakitan.Ada ketika juga Allah SWT suruh kita pilih dan bezakannya.Banyak hal dalam hidup ini sangat bersangkut paut satu sama lain.Melainkan yang berfikiran mementingkan diri sendiri.Mungkin diketika hidup kita berasa dan beranggapan tidak menyusahkan orang..tapi bagaimana nanti ketika setelah kematian.Jangan menidakkan hakikat.

Perdu Cinta tengok semakin menggila juga peniaga jual buah-buahan dan petai...menggila juga Perdu Cinta nak beli..kihkihkih😅

#sama-sama mencari redha Allah SWt

6 comments:

  1. menggila mungkin membawa maksud yang baik
    tetapi perkataan asalnya tu yang mungkin membawa maksud sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Peringatan yang sangat bagus ni kak PC.. Lea setuju..

    ReplyDelete
  3. Ada org kata klu nak capai kejayaan maksimum, kena kerja menggila, rebut peluang yg menggila.. asalkn tak bersalahan dan tak jadi gila sudahlah hehee.. :D

    ReplyDelete
  4. Kak Sue kadang gila-gila juga, kadang mengila juga.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Akhir zaman ni banyak yang gila kan.. Takutnya rasa.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.