Di Sebaliknya

DI SEBALIKNYA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


DI SEBALIKNYA | Berterus terang atau berkias-kias.Terus tuju atau memilih berselindung.Ada banyak cara dan pilihan untuk sesiapa sahaja berlisan.Menyampaikan hajat atau meluahkan perasaan.Meluahkan perasaan ni bukan ketegori cintan cintun sahaja pun..geram,marah,gembira,teruja pun boleh diluahkan.Biasanya kalau sebut luah..automatik bayangkan yang indah-indah untuk pasangan sahaja..dah tu yang tak puas hati..marah..sakit hati takkan dok pendam..betul tak..hee hee hee.

Di sebaliknya.

Lain orang lain pendekatan yang digunakan ketika berbicara atau bertindaknya.Kadang susahnya nak faham.Kadang cakap sikit dah boleh tangkap apa yang mahu disampaikan.Kalau sekadar cakap yang biasa-biasa tidak bermasalah tapi jika sebaliknya agak parah juga.Penerimaan setiap orang tak sama.Mudah faham.Susah faham.Apa yang lebih menyakitkan adalah bila .... sebenarnya faham tapi buat-buat tidak faham.Huuuuuu berapi jadinya.

Banyak sebab kalau memilih tidak mahu berterus terang.Menjaga hati.Mahu mengawal situasi.Atau mungkin juga mahu mengendurkan situasi yang tegang dan genting.Maka berbunga-bungalah jadinya..betkias-kiaslah juga.

Apa yang manis didengari belum tentu itu hakikatnya.Begitu juga pada yang pahit dipendengaran tidak semestinya mesti terus dicampak.Di sebalik naksudnya adakala menerlukan lebih pengertian daripada kita untuk mendapat maksud sebenarnya.

Tidak semua hal boleh bertapis atau berdalih ketika mahu menyampaikannya.Takut-takut silap faham,hingga menyebabkan salah tindakkan.Terutama dalam urusan menyampaikan ilmu-ilmu agama.Menerangkan mengenai hukum-hukum.Sedangkan telah terang-terangan ditegah pun masih ada yang bersagaja melakukan..apatah lagi sekiranya berkias-kias..haram maklum.

Di setiap kita "ON" untuk melakukan apa yang diingini..PASTI bersebab di sebaliknya mengapa ada "NO" pada ketetapan hukum Allah SWT -PerduCINTA-

#sama-sama mencari redha Allah swt

6 comments:

  1. CT prefer terus terang xyah bertapis. takut makin salah faham. tapi kena open la menerima bila da prefer terus terang ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga...betul agar yang keliru menjadi jelas ya..��

      Delete
  2. Hi, jom singgah blog ekin baca entry baru

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/09/got-my-selene-by-dea-april.html?m=1

    ReplyDelete
  3. ada org mudah utk terima nasihat yg disampaikan secara terus terang.. ada juga yg tidak boleh terima..

    ReplyDelete
  4. Lebih baik kita berterus terang daripada berkata sinis. Nak berterus terang juga perlulah ikut jalan yg paling baik agar tiada yg tersentuh hati.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.