Serba Salah Itu Berat

SERBA SALAH ITU BERAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


SERBA SALAH ITU BERAT | "Ditelan mati emak,diluah mati bapa".Begitulah pepatah membayangkan situasi serba salah untuk bertindak.Berat.Serba serbi tidak kena jadinya.Susah?..ya.Susah untuk memuaskan hati setiap orang dan susah juga untuk memahamkan semua orang.Lumrah,yang bukan hal aneh kerana setiap kita ada penerimaan dan cara masing-masing.Sasaran setiap orang tidak sama.Kapasiti yang ingin dicapai juga berbeza-beza.Harap maklum.

Membiarkan ianya berlaku atau berlalu secara semulajadi atau  mengikut sahaja aturannya,itu terkadang lebih baik dan memudahkan sebenarnya.Susah menongkah arus,maka ikutlah aliran arus itu dengan siaga untuk lebih menikmati.Bukan tiada risiko namun ianya kecil dan terkawal berbanding menongkah arus yang mungkin tidak mampu untuk dikawal dan di atasi..begitulah perumpamaan melewati fasa-fasa kehidupan ini..

Hidup tiada yang mudah...tapi yang mudah jangan dirumitkan.

Serba salah itu berat.

Serba Salah Itu Berat
Google Image

Bila perlu membuat keputusan dan pilihan.Ya,sesiapa pun dihantui rasa serba salah yang tidak diminta,tidak diundang..ianya hadir dengan sendiri.Bila ada rasa serba salah itu berat sebenarnya.Memeningkan.Merungsingkan.Menganggu aktiviti seharian juga jika terbawa-bawa dan hanyut kerana emosi.Normalnya begitu.Tiada rasa serba salah pun payah juga.Ikut suka sendiri.Ikut rasa sendiri.

Buka simpulan perlahan-lahanlah.Cari puncanya.Kenalpasti dari mana ia bermula.Buat penilaian sama ada ianya condong atau memberat ke arah mana.Keperluan atau kehendak.Penting atau tidak.Boleh ditunda dan dipinda atau diperlukan dengan kadar segera.Minta pendapat..mengadu pada-Nya.Biar pun membuat pertimbangan itu sukar....namun itu sahaja jalan terbaik untuk meredakan dan membuang rasa serba salah.Kemampuan diri hanya diri sendiri dan Allah SWT sahaja yang tahu.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 comments:

  1. betul tu...bila dlm keadaan serba salah mmg kena pk btul2 dlm buat sesuatu keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tarik rambut dalam tepung..rambut tak putus,tepung tak berselerak....😊

      Delete
  2. betul tu. bnyk keadaan yg menyebabkan kita serba salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat banyak..kadang rasa sedih bila lihat orang tak ada rasa serba salah walau dah buat salah..😊

      Delete
  3. kalau mek dalam situasi tu biasanya mek bnyk diam dn berfikir dan cari jugak jalan trbaik. huhu tp kadang ada jugak menangis di pertengahan jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...lazimnya ambil masa dan fikir dengan tenang...minta Allah bantu..😊

      Delete
  4. Kalau Mrs. A dalam situasi serba-salah kebiasaanya akan tanya dua tiga pendapat dulu kemudian barulah buat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...banyak pendapat maka banyak solusi...kadang fikir sendiri buntu dan tepu jadinyakan...😊

      Delete
  5. Situasi duk di pertengahan ni, husniey selalunya ambil jalan adil.. Adil ni kan meletakkan sesuatu pada tempatnya kak pc, tak semestinya kena ikut majoriti kan..
    Semoga tiap kesusahan kebingungan ada penyelesaian yang berhikmah..

    Nice sharing kak pc, sokmo buat husniey fikir lebih jauh dan mendalam disebalik perkongsian kak pc ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat...adil..memberi hak pada yang berhak...bukan bereti sama rata...setuju..
      Terima kasih Husniey..😊

      Delete
  6. Setiap saat pun semuanya tentang membuat keputusan. Namun bila berada di tgh2 kena bijak buat keputusan. Biar adil walau serba salah tu tetap ada. Kebaikan pasti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana..bangun tidur pun perlu buat keputusan..apa yang mahu terlebih dahulu dilakukan..
      Aamin..😊

      Delete
  7. Mmg betul.. serba salah jadi hati pun tak tenteram hmmm

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.