Jalan Singkat

JALAN SINGKAT
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Dalam sungai ada buaya
Buaya buas menanti mangsa
Jalan singkat ada baiknya
Ada juga kesan buruknya

Ada pelbagai jenis kurma
Makanan sunnah jadikan rutin harian
Takut manisnya seketika cuma
Pahit dan mendung pula berpanjangan

Belajar membuat kuih keria
Disira dengan gula melaka
Cepat naik segera menjunamnya
Mengekalkan itu lebih utama

Indah corak di mangkuk tingkat
Berisi lauk juga kek coklat
Ramai yang memilih jalan singkat
Moga tidak hujungnya tersekat

Jaga silaturahim sesama kita
Berbuat baik tidak mengira nasab
Tiada jalan singkat menghuni syurga
Satu per satu amalan dihisab

Amalan mulia berjimat cermat
Jangan pula menjadi kedekut yang amat
Bahagia melihat orang merai nikmat
Buka sedikit menitis setiap keringat

Jalan singkat
#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Apa apa pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

    BalasPadam
  2. BERSAMA BERSUNGGUH KITA MENCARI REDA ALLAH

    BalasPadam
  3. Berjimat cermat amalan mulia, membazir pula amalan syaitan. Moga kita tergolong dikalangan org2 pemurah dalam mengerjakan kebaikan dan diberi rezeki serta pahala yang berlipat ganda.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama