Mudah Sangat

MUDAH SANGAT
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


MUDAH SANGAT |  Susah atau mudah?..Pasti yang mudah menjadi pilihan utama.Rasa PC tiada yang suka bersusah payah dan menempuh pelbagai rintangan kerana sudah banyak didengar dan dilihat betapa ramai yang mengambil jalan pintas untuk bermacam visi dan misi.Mungkin juga kita ada pengalaman sendiri.Namun hakikat hidup tidak begitu kerana syurga itu mahal.

Mudah sangat.

Syukur.Kalau kita sentiasa ingat semua daripada Allah SWT,insyaAllah kita akan mudah untuk bersyukur.Tapi kalau kita rasa apa yang kita miliki adalah kerana usaha yang dilakukan sepenuhnya,tidak mustahil mudah sangat juga kita mengkufuri nikmat di depan mata.

Kesimpulan.Dalam pandangan,idea atau apa pun yang kita kongsikan terkadang merangkumi banyak aspek termasuklah kesimpulan.Mungkin ada yang lebih mudah terus membuat kesimpulan tanpa usul periksa terlebih dahulu dengan cara melulu atau terburu-buru hingga timbulnya fitnah.Tapi ada juga membuat kesimpulan mudah sangat dengan memilih jalan positif iaitu bersangka baik selagi mana satu hal itu disahkan benar atau sebaliknya.

Terpengaruh dan mempengaruh.Butakan hati.Ubah pandangan mata.Saujana mata memandang.Luas corong dipendengaran.Setiap masa bermacam kelakuan boleh lalu lalang di hadapan mata.Boleh di akses hingga disebelah teling.Apa yang baik kalau mahu mudah sangat untuk diterima begitu juga sebaliknya..mudah sangat kalau mahu ditolak dengan kadar segera.

Berputus asa atau bangkit.Sesekali atau mungkin banyak kali sebenarnya..hehe..berputus asa tidak boleh dielak.PC lah tu.Ada rasa itu.Ada.Cuma berlarutan atau menyinggah sekejap sahaja.Bila kurang mendapat dan mencari motivasi rasa-rasa negatif senang menyerang..tapi kalau kena caranya,cepat bertindak..insyaAllah mudah sangat bangkitnya.Cari kekuatan diri dan gilap.

Mudah sangat.
#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mudah , cuma jangan dipermudahkan sahaja :)

    BalasPadam
  2. Mudah atau sukar sesuatu yg kita buat tu semua dgn izin Dia. Kudrat kita ni takde apa pun tanpa keizinanNya. Syukur atas segala kemudahan yg dikurniakan.

    BalasPadam
  3. Betul tu.. semoga Allah sentiasa permudahkan segala usaha dgn niat yg baik buat kita semua.. aamiin.

    BalasPadam
  4. bila mudah jangan terlalu ambil mudah dan bila sukar cuba dan usaha untuk permudahkan..InsyaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama