Blog Ibarat Sekolah Di Alam Maya

BLOG IBARAT SEKOLAH ALAM MAYA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


BLOG IBARAT SEKOLAH DI ALAM MAYA | Ada sekolah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.Ada juga sekolah yang ditanggung sendiri oleh ibu bapa sepenuhnya.Dan ada juga tanggungan secara separuh-separuh.Kombinasi antara tanggungan sendiri dan ada juga bantuan pihak kerajaan.Dalam soal memilih tempat untuk anak-anak atau siapa pun mendapatkan ilmu atau pendidikan terbaik..itu menjadi pilihan masing-masinglah.Masing-masing ada penilaian dan perkiraan yang tidak sama satu dengan yang lain.

Blog ibarat sekolah di alam maya.

Mungkin ada yang seratus peratus menolak teknologi kerana lebih menyukai suatu yang tradisi..mendapatkan berita daripada pembacaan,radio atau televisyen.Ada pula segelintirnya cuba membahagi sama rata atau mencari yang setara.Terima semua kemudian ambil mana yang wajar,tepis mana yang tidak perlu.Tidak mudah terpedaya dan percaya dengan satu atau dua sumber sahaja kerana yang memproses sedari awal hingga akhir satu-satu cerita atau berita itu manusia yang tidak lepas daripada melakukan khilaf baik sengaja atau sebaliknya.

Dewasa ini pelbagai perkara atau urusan dilaksanakan melalui dalam talian..online..di sosial media..baik di facebook atau instagram boleh sahaja live bila-bila masa untuk berkongsi apa pun yang mendatangkan kebaikkan.Berkongsi ilmu masakan,jahitan,solekkan.Mempromosi perniagaan dan sebagainya.Sesuatu yang tidak baik juga sering dikongsi tanpa rasa bersalah dan berdosa.Pandai-pandailah pilih dan tapis.

Blog Ibarat Sekolah Di Alam Maya

Blog.Tanpa aktiviti live pun..setiap  nukilan yang dikongsi oleh  seroang blogger di dalam blognya itu menjadi satu ilmu.Biarpun pemiliknya tidak berkomunikasi secara langsung dengan pembaca yang singgah..setiap patah kata itu mewakili diri seorang blogger.PEMILIK BLOG ibarat guru.Sahabat yang datang umpama murid.Guru besarnya Allah SWT..guru disiplin dan guru penolong kanannya para malaikat.Selain mencari dan mendapatkan ilmu atau apa sahaja maklumat di banyak sumber yang ada..bagi PC blog juga ibarat sekolat di alam maya terutama perkongsian mengenai tutorial.Carilah ilmu yang baik..nanti baik jadinya.InsyaAllah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Dua2 cara pembelajaran ekin suka.. tapi pembelajaran secara tradisi lagi lah kita suka.. ekin suka kalau nak belajar sesuatu,, terus berjumpa dengan guru & etc.. sebab kita dapat rasa keberkatan ilmu tu bila belajar secara berdepan.. kalau menerusi alam maya,, ekin suka lebih sekadar untuk tambah informasi je.. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..bila berdepan ni lebih puas hatikan..face to face..nak tanya ke..nak tahu lebih mendalam pun mudah prosesnya...kalau secara atas talian terhad dek masa pun ya juga..😄

      Padam
  2. peringatan yang baik PC.. sama² kita mencari redha Allah

    BalasPadam
  3. insyaAllah kak. mana yang baik kita jadikan pedoman, mana yang tak baik kita jadikan ikhtibar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Shu...moga yang baik2 dekati kita semua😄

      Padam
  4. LZ suka baca blog secara random.. Pelbagai genre cerita dikongsi dalam masa yang sama dapat berkenalan dengan penulis seperti PC dan bloggers lain..

    Secara tak langsung dapat info baru hasil dari pengalaman rakan bloggers sendiri.. Sungguh bermakna 💕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..baca semua kerana semuanya ada ilmu dan kelebihan masing-masing..kita ambil yang baik untuk diamalkan..😄

      Padam
  5. blog Kak PC pun banyak mengajar saya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu juga blog Mizi..ada yang kak PC pelajari😄

      Padam
  6. Sebagai pemilik blog kita kena jadi guru yang baik kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama