Ringankan Lisan Gandakan Selawat

RINGANKAN LISAN GANDAKAN SELAWAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


RINGANKAN LISAN GANDAKAN SELAWAT | Alhamdulillah.Hari ini cuti umum sempena Sambutan Hari Kelahiran Baginda Rasulullah SAW.Insan yang sentiasa bimbang akan nasib umat-umatnya di akhir zaman.Nabi terakhir yang syafaatnya sangat-sangat kita harapkan selain rahmat daripada-NYA untuk menjadi penghuni tetap syurga.

RINGANKAN LISAN GANDAKAN SELAWAT

Ringankan lisan gandakan selawat.

Berlisan itu boleh jadi di lidah dan mulut.Berlisan juga boleh jadi tidak di dengari kerana sekadar di lubuk hati.Justeru bukan mulut sahaja perlu didisiplinkan..hati juga mesti dikawal bicaranya.Perlahan-lahan cuba..tak salah.Bila mana hati itu boleh berbicara maka sertakan juga zikir yang baik-baik.Selawat yang berterusan.Cara ummat memberi salam dan berhubung dengan Rasulullah SAW adalah sentiasa berselawat ke atas baginda..

Tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini.."Menyantuni Umat Membawa Rahmat".Allah SWT sentiasa menyantuni hamba-hambaNYA.Rasulullah SAW tidak pernah melupakan umat baginda.Waima musuh sekali pun tetap Rasulullah santuni.Hakikatnya  dewasa ini,segelintir kita sendiri yang menzalimi satu sama lain.Allahu.Sebuah keluarga akan Allah sinari dengan nur dan mewahkan dengan keberkatan bila mana sentiasa menjaga hak Allah SWT..begitu jugalah yang wajar diterapkan ke peringkat negara.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 comments:

  1. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses. All the details are in the blog post. Thank you!

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html

    ReplyDelete
  2. BERSELAWAT KITA SEPENUH JIWA, SELAGI BERNADI KE HUJUNG NYAWA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..sentiasa..moga mendekatkan kita dengan Nabi Muhammad SAW di sana😊

      Delete
  3. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses.

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html/

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul kak PC, semoga kita sama sama meneladani akhlak baginda Rasulullah..

    ReplyDelete
  5. marilah kita selalu amalkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW <3

    ReplyDelete
  6. Lazimi selawat sentiasa bukan hanya ketika sambut maulud nabi je kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.