Seberapa Besar Keperluan Sabar Dalam Kehidupan Kita

SEBERAPA BESAR KEPERLUAN SABAR DALAM KEHIDUPAN KITA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


SEBERAPA BESAR KEPERLUAN SABAR DALAM KEHIDUPAN KITA | Sabar boleh tak?.Tak tahu sabar ke?.Faham tak sabar..sabar!.Tak pandai nak sabar ke?.


SEBERAPA BESAR KEPERLUAN SABAR DALAM KEHIDUPAN KITA

Sesiapa pun boleh sebut sabar.Boleh nasihatkan orang lain untuk bersabar.Tetapi sejauh mana diri sendiri mampu untuk bersabar ketika diuji atau disaat berada dalam situasi yang jauh dari pemikiran serta jangkaan.Adakah kita sekadar pandai menyabarkan orang lain tapi tidak pada diri sendiri..atau sememangnya kita mampu bersabar dan buat orang lain juga ikut bersabar.Mudah disebut.Ringan dilisan tapi berat diperbuatan salah satu daripada banyak perkara adalah صبر.

Seberapa besar keperluan sabar dalam kehidupan kita.

Selain daripada kebersihan..sabar ada kaitan dengan keimanan seseorang.Sabar bukan hari ini kita cakap kekuatannya terus datang.Bagi PC tidak.Setiap ujian yang Allah beri itu ibarat baja pada anak benih pokok.Pokok semakin membesar..maka baja semakin bertambah sukatannya.Semakin banyak ujian kita lalui di masa lalu semakin Allah tebalkan rasa sabar pada diri kita.

Perlu sabar di kehidupan kita.Sabar sah lakunya di dunia kerana sabar antara ujian untuk dapat lebih ganjaran.Lebih sabar maka lebih pahalanya..kurang sabar..hilang sabar melayang-layang tabungan kita.Allahu.

Sabar mampu memulihkan banyak situasi.Situasi genting dan dingin insyaAllah kembali damai dan akrab.Dengan syarat semua pihak yang terlibat bekerjasama dan bertolak ansur.Jangan hanya sebelah pihak main peranan sedang sebelah pihak lagi buat perangai.Sekiranya begitu yang berlaku..hindari dan jangan simpan dalam sanubari..bye-bye kita angkat kaki.

Syaitan,jin,iblis benci tapi Allah SWT dan Rasulullah SAW sukai..hamba atau ummat yang sentiasa berusaha dan dalam keadaan ØµØ¨Ø±.Sabar atau menahan sabar itu sakit.Namun impaknya itu sebenarnya ia suatu yang sangat berbaloi untuk diamalkan.Biarpun begitu..sabar itu letaklah pada kewajaran yang selayaknya supaya orang yang waras namun hilang kerasionalannya tahu bahawa tidak semua hal boleh dilangkaui batasnya..kerana beranggapan tidak mungkin tindakkan dilakukkan kerana memelihara kemurnian secebis kesabaran.Moga-moga Allah SWT tebalkan rasa sabar pada diri kita semua.امین

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul sangat PC, kita mudah mengucapkan kata 'SABAR' tapi belum tentu dapat merealisasikannya..
    Kena latih diri supaya terus bersabar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak..sebut savar itu ringan.Nak sabar itu bukan seperti petik jadi..kena dilatih.

      Padam
  2. Semoga Allah tetapkan iman saya dan berikan kesabaran yang tinggi walaupun kadang kadang hilang juga sabar melayan karenah orang

    BalasPadam
  3. Kak ana kurang penyabar orgnya. Tp lps tu rasa menyesal. Kadang bila dpt bersabar rasa nikmat sgt. Tp banyaknya suka nak cepat.

    BalasPadam
  4. Zumal salah sorang yang kurang sabar juga moga lepas ni lebih baik

    BalasPadam
  5. sabar itu betul2 indah. especially dlm dunia investment.

    Myra | The Grey Lines Between

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama