Memburu Syurga Allah SWT

MEMBURU SYURGA ALLAH SWT
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


MEMBURU SYURGA ALLAH SWT |  Mencari lazimnya bila suatu itu tidak ditemui atau hilang daripada pandangan mata.Memburu itu juga bermula dari pencarian di awalnya kemudian diteruskan dengan penuh semangat hingga berjaya mendapatkan atau menemui apa yang disasarkan.Memburu itu boleh jadi satu tabiat atau hobi sebenarnya.Sejak zaman dahulu lagi istilah memburu ini digunakan untuk mencari haiwan dalam hutan hendak dijadikan sumber makanan demi kelangsungan hidup.Tapi sekarang lebih urban dan mudahnya disebut "jalan-jalan cari makan".

Memburu syurga Allah SWT

MEMBURU SYURGA ALLAH SWT

Teruskan mencari.Kita mencari-cari bukan pada masa tertentu sebaliknya sepanjang masa.Sentiasa.Mungkin ada yang menghabiskan usianya untuk memenuhi keinginan yang sekian lama didambakan.Ada juga yang menghabiskan waktunya melakukan apa yang disukainya.Ada macam-macam pilihan yang mampu dan boleh dilakukan.Dapat atau sebaliknya itu hanya diri sendiri yang mengetahuinya dan DIA.Rezeki.

DIA.Ya DIA yang sentiasa memberi..meminjamkan..mengingatkan..namun kita hamba yang sering mengkufuri..melupakan..mencurangi.Allahu.Betapa kejamnya kita menzalimi kasih sayang dari Ilahi yang sentiasa memerhati.DIA tahu apa yang kita sedang cari biarpun kita mencari dalam kesamaran dek indahnya duniawi.Indah yang seketika.SubhanaAllah.

Kebaikkan itu laluan dan kunci.Sedarkah kita mengapa mesti melakukan kebaikkan.Tahukah kita betapa pentingnya ada rasa ingin lakukan kebaikkan pada semua.Tidak tahu mengapa melakukan kebaikkan itu tidak mengapa ASALKAN sentiasa mahu terus lakukan dan rindu pada kebaikkan..teruskan sahaja kerana kebaikkan itu laluan dan kunci memburu syurga Allah SWT.

#sama-sama mencari redha Allah SWT




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. CARI SEHINGGA MENEMUI APA YG DICARI MENGIKUT PETUNJUK-NYA

    BalasPadam
  2. Moga terus kuat dalam mencari cinta-Nya. ^^

    BalasPadam
  3. Moga kita selalu dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

    BalasPadam
  4. Insyaallah.. semoga dipermudahkan ke jalanNya..

    BalasPadam
  5. Semoga Allah memperkenankan segala rahmat kebaikan dan kasih sygNya buat kita semua... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama