Header Ads

Semangat Berlumba-lumba

SEMANGAT BERLUMBA-LUMBA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


SEMANGAT BERLUMBA-LUMBA | Semangat itu penting.Bila bersemangat maka seterusnya akan berusaha.Mahu lebih baik.Mahu lebih mencapai sesuatu.Lihat pihak lawan atau pesaing dengan pandangan dan fikiran POSITIF.Semangat berlumba-lumba.

Bukan tiru seratus peratus.Jangan menjatuhkan.Tidak perlu menabur pasir tetapi luaskan dan tambahkan doa yang baik-baik.Dia berjaya.Kita berjaya.Semua bahagia.Tidak kisahlah rezeki siapa yang sampai dahulu.

Cemburu itu wajar.Anak kecil yang belum baligh dan mummayez pun pandai cemburu..inikan pula yang remaja serta dewasa..apatah lagi.Namun jangan sampai rasa cemburu menguasai jiwa dan fikiran kita di ketika ghairahnya melayan semangat berlumba-lumba,kerana nanti kesannya bukan sahaja merosakkan diri sendiri..malah orang lain turun terheret sama.

Kau boleh.Aku boleh.Kita boleh.Buruknya diasingkan.Kebaikkannya dikecapi bersama-sama.Bangsa disegani.Agama dijunjung.Akhlak terpuji.Moga-moga semangat berlumba-lumba menjadi pemangkin untuk mengorak langkah mendekati kedamaian dan kesenangan abadi.

SEMANGAT BERLUMBA-LUMBA

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

16 ulasan:

  1. Semangat tu memang sangat penting terutamanya untuk mereka yang bekerja macam Mrs. A nih!.
    Bila semangat hilang terbang melayang jiwa jadi kacau fizikal pun jadi tak sihat.
    Amatlah penting dikelilingi oleh kawan-kawan yang positif untuk melawan aura negatif.
    Yang wajib ditinggal jangan sesungguhnya DIA adalah tempat perantaraan yang tepat untuk mengadu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangat. Kawan yang positive. Sangat penting. Semuanya mempengaruhi aktiviti seharian.

      Padam
  2. Setuju sangat kongsi kisah mcm ini, cemburu tu asalnya ia baik untuk buat diri lebih cenderung utk tidak berputus asa berusaha dengan cara beretika...kena redha...tapi nak capai tahap redha perlu masa dan belajar ke arah itu kan...semoga kita terus ingat siapa kita sebelum buat apa2...sbb ujian tak pernah pudar selagi kita bernama manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cemburu tak terbendung mudah tersasar .Padahnya balik pada diri kita sendiri.

      Padam
  3. bagus bila ada persaingan dan bersaing secara sihat. Kalau bersaing yang cara tak sihat tu lah yang bahaya

    BalasPadam
  4. BERLUMBA-LUMBA MEMPERBAIKI DIRI MENCARI REDA ILAHI

    BalasPadam
  5. berlumba-lumba ke arah kebaikan dan kecemerlangan tu bagus jgn berlumba yang negatif kan..semoga semangat berlumba-lumba yg baik mendapat redha dariNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Berlumba-lumba cari sesuatu yang hujungnya mendapat redhanya tu yang penting.

      Padam
  6. betul sangat. berlumba-lumba ke arah kebaikan, jangan sampai hasad dan menjatuhkan.

    BalasPadam
  7. Marilah kita berlumba lumba ke arah kebaikan 😍

    Nice sharing kak pc

    BalasPadam
  8. Setiap kita perlu semangat, tidak terkecuali buat diri ini.. moga kita sentiasa dititipkan semangat utk berlumba2 ke arah kebaikan dan keberkatan Illahi.. aamiin.

    BalasPadam
  9. setuju sgt
    berlumba mengejar kebaikan :)

    BalasPadam
  10. antara yg selalu aida nasihat anak2.
    dari segi pelajaran.
    contohi la kawan2 yg lebih baik tu. cemburui kejayaan dia.
    cemburu cara positif. tiru cara dia. camne dia boleh berjaya :)

    BalasPadam
  11. Cemburu bertempat, menyedari kelemahan diri & berusaha utk memperbaiki diri adlh suatu yg berfaedah. Cemburu yg satu lagi akan hny membawa keburukan. Cuma, kdg2 kita terlupa ttg perbezaan itu sehingga gagal mengawal perasaan. Tapi cemburu kat husband is ok - tanda sayang! ;)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..