Header Ads

Geleng-geleng..Angguk-angguk..Diam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Geleng-geleng..angguk-angguk..diam

Geleng-geleng..Angguk-angguk..Diam
CREDIT GOOGLE IMAGE

Hak bersuara
Didengari
Sekadar dalam hati yang paling dalam sekali
Semua ada hak itu
Ya,hak bersuara

Ada masa geleng-geleng
Ada ketika angguk-angguk
Ada detiknya diam
Bila perlu
Bila mahu
Bila benar-benar tahu
Tahu buat-buat tidak tahu
Tunggu!!!

Sebelum bantah
Sebelum setuju
Sebelum malas dan lesu
Pastikan tahu terlebih dahulu
Pada titik yang perlu dan padu

Jangan hanya menurut
Tidak usah merungut kusut
Bahaya nanti-nanti terhasut bergelut
Jangan kerana takut terjerat
Buat keputusan menjerat

Geleng-geleng..angguk-angguk..diam
Di dunia ya
Di mahsyar tidak
Tidak boleh
Tidak berdaya
Tidak mampu pun
Hanya selain mulut dan lidah yang akan berbicara
Ingat detik itu
Moga geleng angguk diam bukan yang sia-sia

#sama-sama mencari redha Allah SWT



logoblog

6 ulasan:

  1. bersuara bila perlu saja dan selebihnya baik diam. andai x tahu jangan pura2 pandai.. biar belajar x apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat-sangat..sekurang-kurangnya tidak merosakkan keadaan..aamiin.

      Padam
  2. betul tu.. setuju atau tidak perlu ada alasan untuk mempertahankan..

    BalasPadam
  3. Ada ketikanya lebih baik kita diam dari meluahkan sesuatu yang boleh membuatkan suasana itu menjadi tegang.

    BalasPadam
  4. Ada kalanya kita tidak perlu bersuara

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..