Header Ads

Kawallah Kenyaringannya..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KAWALLAH KENYARINGANNYA | Ada orang boleh saja berada dipersekitaran yang bising. Dan ada manusia sebaliknya.Ada yang boleh dan pandai sesuaikan diri dengan situasi. 

Minat dan penerimaan individu tidak sama..ada tahap-tahapnya.Ada yang bahagia bila dengar muzik yang kuat. Ada yang rimas dan lemas dengan audio yang sarat. Begitu jugalah berapa perlunya setiap kita mesti kawal kenyaringan suara ketika bercakap atau bersuara disebabkan apa pun. 

Suara manusia berbeza. Ada yang memang nyaring walau bernada rendah ketika bercakap. Tidak kurang yang memang sangat perlahan tetapi jelas.Apa yang menjadi masalah adalah sentiasa high volume setiap masa dalam semua situasi percakapan.Allahu.Sangat mencabar. 

Kawallah kenyaringan ketika bercakap kerana tidak semua orang mahu, suka dan boleh dengar.Lebih-lebih lagi andai yang disebut itu peribadi dan melibatkan hal atau urusan sensitif. Jaga aib.Berbicaralah dengan adab. Tak rugi pun.

Kawallah Kenyaringannya..

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

logoblog

9 ulasan:

  1. Terima kasih atas ingatannya PC ...

    BalasPadam
  2. Kalau tengah marah tinggilah volumenya
    Kalau tengah bercinta lembut gigi dari lidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe..peningnya bila marah tak marah volumenya sentiasa tinggi..tak ada beza..:)

      Padam
  3. DAH BERUSIA NI PENDENGARAN SEMAKIN LEMAH

    BalasPadam
  4. Sebelum berbicara perlu prihatin dengan keadaan persekitaran, risau juga apa yg kita pertuturkan mengganggu orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Ikut suka itu sangat berbahaya.

      Padam
  5. Husniey juga kurang suka keadaan bising, rasa rimas.. So memang elak keluar ke tempat ramai orang ,😁

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..