Header Ads

Klasik Jangan Dipinggir..Moden Jangan Ditolak

KLASIK JANGAN DIPINGGIR..MODEN JANGAN DITOLAK | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Tiada yang lama tiada juga yang baru. Setiap tercipta yang baru lazimnya menggunakan acuan yang sedia ada cuma mungkin lebih ditambah baik. Maka yang lama atau yang baru kedua-duanya wajar diterima.

Ada yang bila beradabtasi dengan yang maden..yang klasik terus dibuang. Ada juga yang tidak mahu terus-terusan menerima pembaharuan. Sebenarnya sebolehnya terimalah dua-dua. Seiringkan kerana dikedua-dua zaman ini ada kebaikkan yang boleh diambil untuk kebaikkan.

Taksub itu lama kelamaan mengundang padah. Lebih padah bukan terkena pada diri sendiri sahaja, tidak mustahil tempiasnya mengena dan terpercik pada orang lain juga. Apa pun kalau dilakukan berlebihan impaknya memudharatkan. Justeru mengapa sederhana itu lebih baik.

Kalau kita berpegang pada pendirian atau prinsip..itu bagus. Tetapi pastikan apa yang kita jadikan pegangan itu betul bukan pada pendapat sendiri tetapi juga dari sudut pandangan agama.

Sekian
Tinta PC ❤
Klasik Jangan Dipinggir..Moden Jangan Ditolak

14 comments:

  1. Yang klasik tu tetap menawan di hati saya tau

    ReplyDelete
  2. SA kalau diberi pilihan pasti pilih yang klasik sebab ianya ada sentuhan kenangan dengan nilai yang tinggi..

    ReplyDelete
  3. Saya kadang-kadang suka juga dengar lagu klasik

    ReplyDelete
  4. Unlce klasik tidak... moden oun tidak... tapi purba! hhehehe

    ReplyDelete
  5. setuju
    dua-dua tu kena aplikasikan dalam kehidupan
    hehehe

    ReplyDelete
  6. Setuju. Sebaiknya dua-dua kita terima dan kekalkan :)

    ReplyDelete
  7. kedua-duanya tertarik..menarik..hehee :)

    ReplyDelete
  8. Klasikkk ada nilai tersendiri, tapi moden pun apa kurangnya, jadi terima kedua duanyaaa :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..