Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Masih Belum Mencukupi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MASIH BELUM MENCUKUPI | Hampir seminggu juga PC batuk. Batuk kukul*berterusan susah nak berhenti bila dah mula batuk*.Allahu.Perit tekak lain macam. Masih belum mencukupi barangkali minum air masak kosong.Banyak faktor yang menyumbang tubuhkan kita tidak sihat. Cuaca, persekitaran, berjangkit dan faktor utama kehendakNYA.Moga gugur dosa-dosa kecil dan ringan.Aamiin.

Sakit itu juga amaran atau teguran daripada Allah SWT. Mungkin bagi kita sudah cukup baik dan lengkap apa yang kita beri walhal masih banyak perlu diperbaiki segera. Itu bererti masih belum mencukupi apa sebenarnya kita beri dan lakukan.

Semakin banyak kita menuntut ilmu kita akan sedar owh sebenarnya banyak perkara kita tidak tahu. .Begitu juga bila kita rasa sudah cukup semuanya.. Walhal banyak lagi yang masih kurang kita lakukan untuk hal kebaikkan. Hal yang betul dan dituntut untuk lakukan.

Masih belum mencukupi.. Moga rasa ini buat PC lebih mendekati dan sedar diri.Salam Jumaat semua. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Sama la dengan SA ni...hari ni baru sakit tekak dan rasa nak demam..cepat makan panadol..lepas ni kena makan ubat darah tinggi plak..cuaca makin terik kan..nak plak SA ni senang berjangkit dengan orang sakit ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la SA.. mula-mula sakit tekak.. Hilang sakit tekak timbul batuk. Allahu. Sakit satu badan.

      Padam
  2. amalan ni belum mencukupi utk dibawa ke alam barzah n akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Cikgu AK. Moga Allah SWT beri lagi kesempatan.

      Padam
  3. Kak ana lagi lah PC. Tak mencukupi sana sini. Top up sana bocor sini top up sini bocor sana. Allahu.

    Semoga PC kembali sihat. Musim panas skrg ni byk yg jatuh sakit. Minum air kosong banyak2 dan rehat secukupnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC pun ingatkan diri juga kak. Bagi betingat sentiasa. Aamiin. Terima kasih kak. Baiklah.

      Padam
  4. Akak pernah kena batuk jenis yang sama PC.. Akak makan madu sesudu dengan air suam sikit di samping petua yang lain seperti limau kasturi + kicap etc. Jangan lupa juga minum air kosong dan elak makan makanan pedas dan berminyak.. Semoga PC cepat sembuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin kak.. Terima kasih. Bila dah mula batuk nak berhenti susah. Sampai muntah tekak kering .Kalau dah mkn ubt tak kebah juga pegi klinik atau hospital.

      Padam
  5. Salam Rejab 1440H buat PC ya. Semoga segera sembuh sakit batuk kokol itu hendaknya

    BalasPadam
  6. Semoga cepat sembuh. Musim panas sekarang memang senang terkena penyakit

    BalasPadam
  7. Batuk lah salah satu penyakit berjangkit yg paling sukar nak sembuh terutama kalau julia sendiri yang hidapi...pernah batuk 3 bulan berturut2 tak henti2...kdg2 tu mcm2 jenis ubat makan x juga sembuh...akhirnya dia akan sembuh sendiri secara tiba2...pelik kan...

    didoakn lekas sembuh tau PC amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la. Nak kena kejap sangat-sangat. Cepat je .Nak baik tu.. Ambil masanya lama.
      Aamiin.. Moga kita semua Allah beri kesihatan untuk beribadah.

      Padam
  8. Semoga diberikan kesembuhan buat PC.. musim batuk sekarang nie..

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Ad Code

Responsive Advertisement