Suka Dan Selesa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SUKA DAN SELESA |Bila pergi suatu tempat..beli apa pun makanan..memilih dan membeli pakaian..dan hal-hal lain yang melibatkan pilihan dan citarasa..pastinya suka dan selesa menjadi keutamaan.

Namun begitu ada juga yang lebih mementingkan nilai pada tanda harganya.Lebih mahal lebih wow suka..selesa..itu nanti belakang cerita.Jenama juga terkadang sering menjadi fokus utama.Dan lazimnya..lebih mahal lebih berkualiti dan lebih selesa..mungkinlah begitu dan harapnya begitu juga.Selagi ada rezeki..mampu..silakan..bukan masalah.

Tetapi;

Murah,biasa-biasa..kita suka dan selesa..pun tidak menjadi masalah juga sebenarnyakan.Suka itu luas pengertiannya..begitu juga selesa.Setiap orang ada tafsiran yang tidak sama.Cuba letak satu barang atau tunjuk sebuah rumah..minta pendapat daripada beberapa orang..inshaAllah pelbagai pendapat boleh didengari.Lumrahlah begitu.

Memiliki..membeli atau melakukan sesuatu yang kita suka itu membahagiakan.Satu terapi dan kepuasan untuk diri sendiri.Bila gembira..secara tidak langsung rasa selesa itu datang.Selesa tidak semestinya pada tempat tinggal..naik kenderaan mewah dan hebat...kalau boleh bercakap dengan tenang..mendengar dengan baik..itu juga antara keselesaan.

Besar pengaruh suka dan selesa dalam kehidupan manusia.Dalam suka ada ikhlas dan redha.Dalam selesa ada ketenangan dan kebahagiaan.InshaAllah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 comments:

  1. betul tu. kalau ejulz murah dan cantik jadi keselesaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..murah,cantik,selasa dan sederhana.

      Delete
  2. Kak ana lebih suka murah dan selesa. Sebab tu bila nak membeli byk kali kena pikir sebab dok banding satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.Murah dan selesa..kena rajin bandingkan harga.kadang sama atau lebih kurang je tapi harga beza ketara.

      Delete
  3. Bagi teman, keselesaan dan kualiti menjadi keutamaan... Kalau bab makanan, sudah tentu lah keutamaan dari segi rasa dan kebersihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.kualiti agar tahan lama.Dan bab makanan kebersihan,halal sangat penting.

      Delete
  4. Kak Sue tak kisah harga murah atau mahal janji selesa.. tapi kalau boleh dapat pilih yang murah dan selesa lagi bagus.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.Betul kan kak..kalau boleh murah tapi selesa itu yang sebenarnya mahal...sebab murah tapi buat kita selesa bererti kualitinya bukan calang-calang.

      Delete
  5. suka dan selesa kena dua dua bergabung hehe.. for me jenama comes second. tapi kalo ada certain brand tu srasi dgn kita.. xpela beli je yang itu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki ok je beli yang mahal..sesekali ke atau selalu..tak jadi masalah...tp kadang kita bila dan suka..murah pun on asalkan selesa..hehehhe

      Delete
  6. kdg2 yg murah pun selesa dipakai. mcm kereta tu beli yg sederhana je. jenama tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa,gembira..hati senang fikiran lapang.Syukur asal ada kereta untuk dijadikan kenderaan bergerak bersama seisi keluarga.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.