Gopeng Perak : Gua Tempurung Dan Kellie's Castle

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

GOPENG PERAK : GUA TEMPURUNG DAN KELLIE'S CASTLE | Tidak dirancang semuanya spontan daripada sisi kami sebagai manusia.Tetapi semuanya dalam ketentuan dan aturan Allah SWT.Allahuakbar.

Maka..kira jadi;

31 Mac 2019.Hari terakhir Mac 2019..subhanaAllah..takdir membawa PC dan En Suami di kedua-dua tempat ini..GUA TEMPURUNG DAN KELLIE'S CASTLE yang terletak di daerah Gopeng,Perak Darul Redzuan.

Melihat liputan ditelevisyen dan melihat sendiri dihadapan mata.Syukur..sudah beberapa kali melihat liputan yang dibuat distesyen televisyen mengenai Gua Tempurung yang sering menjadi tumpuan pelancong dan badan-badan bukan kerajaan mengadakan aktiviti santai ini namun tidak terduga betapa bersyukurnya bila dapat menyaksikan sendiri gua ciptaan Allah SWT ini..live in life..maklumlah pertama kali..teruja lebih sikit.

Hari terakhir cuti sekolah dan merupakan hujung minggu..ramai yang datang ke Gua Tempurung ini biarpun cuaca panas terik seakan jarak matahari hanya sejengkal daripada kepala.Baik berpasangan..berkumpulan mahupun berkeluarga.

Mendekati dan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan moga mengingatkan kita manusia setiap kebesaranNYA.


related image

Sebelum mula menjelajah Gua Tempurung
lazimnya harus membeli tiket dikaunter yang disediakan.
Ada pakej-pakej tertentu yang boleh dipilih mengikut kesesuaian.
*bila dah tengok tiket ditangan..haaaaa baru dup dap dup dap..baru juga terfikir kelawar*

related image
Laluan awal dan permulaan.Pengunjung yang datang dan nak masuk di sini tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman..*tetapi ada sahaja yang membawa makanan dan minuman dengan sengaja dan tetap ada disediakan tong sampah* 

related image
Sungai yang bermula daripada dalam gua.

related image

related image
Bahagia bila berjaya tiba menara 1 ni.
Tapi..lebih bahagia kalau dapat hingga ke step seterusnya.

related image
Menangung peluh yang berjurai-jurai dan risau mahu berpatah balik dek kecut perut melalui anak tangga yang panjang dan sangat curam serta basah juga licin..dengan kadar segera kami naik ke platform 3 hingga terlupa nak ambil gambar platform 2.Ditambah pengunjung semakin bertambah.

related image
Deruan air mengalir yang sangat mendamaikan.Sejuk dan sesekali angin kuat bertiup menyertai setiap langkah kami. 

related image
Bila berada diaras yang tinggi..gayat untuk menjeling ke bawah yang nyata curamnya bukan kepalang..beginikan nanti diketika meniti titian sirat di akhirat..Allahu.


related image
Semakin lama semakin sempit gelap dan curam.

related image
Lege sedikit perasaan dan lutut kerana laluan ini hanya mendatar.Lorong ini agak gelap dan kecil.

related image
Curam dan anak tangga yang berterusan hingga ke platform 5.

related image
Ini penamat bagi pakej yang kami ambil.Syukur sangat-sangat.Alhamdulillah
Jalan balik adalah dengan laluan yang sama.

Serik?
Tidak sama sekali.
Dengan izinNYA mahu kembali ke sini lagi.
Kepada yang sudah pernah ke sini mungkin tidak menjadi masalah.Bagi yang pertama kali..pastikan pakai pakaian yang bersesuaian untuk mendaki.Bagi yang bawa anak kecil..lebih-lebih sangat-sangat perlu berhati-hati.Paling penting di mana pun berada jaga lisan dan tingkahlaku.

Dalam perjalanan balik..memandangkan masih belum terlalu lewat petang..destinasi kami seterusnya adalah Kellie's Castle istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu GajahNegeri Perak.Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.


related image

Sampai sahaja di sini...alhamdulillah hujan mula turun renyai-renyai..opsss sebelum tu..seperti biasa RM2 dikenakan untuk tempat letak kereta.Semakin lama semakin ramai yang datang dan hujan pula semakin lebat beselang seli dengan kilat dan guruh.Allahu.Pengunjung yang ada payung berdesup mereka mendaki tangga..naik ke atas..dan kami berdoa hujan berhenti..tetapi sayangnya hujan terus semakin lebat mambasahi bumi..sempat tanya harga tiket sahaja.RM5 seorang dan mesti tunjukkan kad pengenalan diri juga..pasti berhikmah hujan turun dan kami tidak berezeki untuk naik dan masuk ke dalam bangunan bersejarah ini.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti berhikmah.Ada sebab yang kita tidak pernah tahu.Terkadang Allah mahu menunjukkan hikmahnya dalam waktu yang singkat..kadangkala mengambil masa bertahun lamanya..mungkin untuk kita nikmati..mungkin juga untuk generasi akan datang rasai..

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

14 comments:

  1. alhamdulillah PC berkesempatan ke sini. kak ana sendiri belum sampai ke gua tempurung tu. cuma kellies castle berkesempatan ke sana dalam 8 tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak..Akak bole pergi.Bawa Syafi kak..masa PC pergi ramai budak-budak kak..riuh jadi tak sunyi sangat..mungkin mereka teruja sebab mendaki anak-anak tangga tu kan..teruja.

      Delete
  2. Wah! menarik nampaknya aktiviti mendaki gua tempurung ni ya PC.
    Mrs. A suka aktiviti macam ni.
    Hurmmm... Mrs. A dua-dua tempat ni tak pernah singgah lagi huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok kak..ini pertama kali PC dan en suami mendaki gua..kalau en suami biasanya mendaki bukit dengan kawan-kawan saja..tu yang bersemangat walau gayat..hehehehehe.

      Delete
  3. lalu2 aje, belum pernah singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lalu lagi singgah ya Pakcik WP.InshaAllah seronok.

      Delete
  4. Teringinnya nak ke Kellies Castle tu..lagipun belum ada lagi anak dah besar ni jalan ke sana..one day nak juga ke situ ,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. View nya menarik klasik..cuma kerana hujan kami tidak ada rezeki masuk dan naik ke bangunan tu Sis..pulaknya lupa bawa payung..tapi ada je yang redah je walau hujan selebat-lebatnya.

      Delete
  5. Kak Feni hanya lalu je sini. Tak penah singgah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah lai masa kalau lalu boleh singgah sini..seronok kak Feni.

      Delete
  6. akak dh singgah ke Kellie's Castle tapi tak ke Gua Tempurung sebab rasa mcm x mampu nk naik tangga dan sebab takut jugak..hehe

    ReplyDelete
  7. Belum sampai lagi ke Gua Tempurung tu kecuali Kellie's Castle sahaja.. alhamdulillah, melihat sendiri penciptaan Illahi disamping menghargai nilai2 sejarah yg ada padanya menjadi satu pengalaman yg pastinya berharga.. walaupun penat, tapi seronok.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.