Header Ads

Kita Semua..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KITA SEMUA..

related image
CREDIT GOOGLE IMAGE

Singgah sebentar ke Kubang Kerian
Singgah makan buah durian
Manusia hidup perlukan hiburan
Cukup sekadar memenuhi tuntutan

Lebah betina lebah jantan
Sengatan berbisa tidak dihairan
Mahu cantik naluri insan
Jangan bertentang hukum Tuhan

Sayup-sayup dari kejauhan
Tidak jelas pada penglihatan
Kita sentiasa perlu makanan
Jaga-jaga juga demi kesihatan

Pesan jus durian belanda
Kurang manis nikmat rasanya
Hidup sentiasa ada dugaannya
Kita semua akan laluinya

Masuk hutan cari periuk kera
Mahu masak lemang begitula katanya
Sejahtera sentiasa di dunia
Bahagia juga di akhirat sana

Keluarnya pagi baliknya senja
Niatnya mencari rezeki seisi keluarga
Matlamat kita serupa sahaja
Dijauhkan neraka dambakan syurga

Bunga kertas bunga raya
Disusun rapi atas meja
Kita semua sama sahaja
Membezakan cuma amal dan taqwa

Masuk gua malap cahayanya
Bayangkan bagaimana dikubur nantinya
Biar apa datang melanda
Ikut dan jaga Al Quran seeratnya

Berenang memanah dan berkuda
Pasti berhikmah Rasulullah mengajarkannya
Sehebat mana pun kita di dunia
Akhir kembali kita kepadaNYA

#sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    selamt hari pc

    BalasPadam
  2. kita semua berasal dari tanah. kembali ke tanah juga akhirnya nanti kan :)

    BalasPadam
  3. Waalaikumusalam.. Betul seperti apa yang dikongsi..
    Kita hambaNya yang mencari redha..

    BalasPadam
  4. perkongsian yg cukup menarik PC..

    BalasPadam
  5. Peringatan yg baik utk dijadikan renungan. Terima kasih atas perkongsian ini PC

    BalasPadam
  6. DariNya kita datang dan dariNya juga kita akan kembali

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..