Macam Baru Semalam..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MACAM BARU SEMALAM..

Perasaan kita manusia.
Eh macam baru semalam rasanya.
Meriah sambut tahun baru bersama-sama.
Sini sana gembira bercerita.
Bunga api banyak warna.
MACAM BARU SEMALAM sahaja.

Detik demi detik.
Hari demi hari bergerak.
Banyak warna dan lukisan mula dicorak.
Cerita datang dan pergi seperti ombak.

MACAN BARU SEMALAM..

Waktu yang pantas atau kita yang lambat.
Mungkin banyak yang menghambat.
Atau alasan yang sengaja dibuat-buat.
Taubat jangan pernah dilewat.

Setiap detik waktu yang dipinjamkan.
Jangan disia-siakan.
Ambil setiapnya satu peluang dan kesempatan.
Menjadi benar-benar insan.
Insan yang sentiasa menambat PERHATIAN TUHAN.

MACAM BARU SEMALAM..
dan
HARI INI..

RELATED IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Salam April.. semoga bulan ini membawa lebih kebaikan buat kita semua.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah.Moga semua dilimpahi rezeki yang berkat.

      Padam
  2. Dah April..semoga segala urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
  3. macam baru semalam je rasanya keindahan sahur dan iftar kini dengan izinNya kelak akan bersua lagi :)












    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak..alhamdulillah.Moga Allah SWT izinkan kita semua menemui lagi RamadhanNYA.

      Padam
  4. assalamualaikum Kak PC..terima kasih rajin melawat blog saya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Mizi.Sama-sama.Terus success ya.Aamiin.

      Padam
  5. pejam celiik dah Mei pula kan..begitu pantasnya berlalu bagaikan mimpi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Cikgu..nanti sekejap dah Mei.Moga semua urusan kita Alla lancarkan.

      Padam
  6. dunia akhir zaman ni memang cepat masa berlalu. kadang rasa mcm semalam padahal dah setahun berlalu. ni dah nak masuk ramadan sekali lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat kak.Sangat cepat.Rasa macam tak terasa pun dah berganti bulan..dah bertukar tahun..Allahu.

      Padam
  7. bak kata org Wakanda... how time flies ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bak kata orang melatah..opocot..hehehehehehe

      Padam
Terbaru Lebih lama