Manisnya Israk Dan Mikraj

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Nabi Muhammad meredah malam
Melunas tugas apa yang diamanah
Perjalanan 3/4 malam
Sebelum terbit fajar sudah tiba di Makkah

Tidak seperti menerima wahyu pertama baginda menggigil
Lebih bersedia dan sentiasa menerima
Buraq digunakan sebagai tunggangan bersama Jibril
Nabi bergerak dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa

Tidak pernah berlaku pada rasul dan nabi
Istimewanya Nabi Muhammad Allah SWT yang pilih 
Kesan pertama peristiwa istimewa ini
Kiblat bertukar arah dari Baitulmuqaddis ke Makkah

Doa sentiasa dilindungi dari Ya'juj Ma'juj
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit
Indah sungguh perjalanan mikraj
Keringanan solat fardhu menjadi lima rakaat

Mengambil hikmah dari perjuangan sejati Masyitah
Untuk pedoman wanita sekarang dan mendatang
Nabi Muhammad insan mulia terpilih
Dapat melihat peristiwa terdahulu dan akan datang

Bercahaya indah si kunang-kunang
Girang sungguh anak bernama Minhaj
Sejarah indah mesti dikenang
Manisnya peristiwa Israk dan Mikraj

Salam Israk dan Mikraj untuk semua sahabat blogger yang Perdu Cinta hargai dan hormati.

27 Rejab 1440H
3 April 2019M (Rabu)

related image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Israk Mikraj juiga buat PC...
    Moga amalan kita diterima pahala berganda dr Allah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teria kasih Sis Lin.
      Aamiin..aamiin..inshaAlah..moga menjadi sokongan untuk kita nantinya.

      Padam
  2. Salam Israk Mikraj juga untuk PC ya.. semoga kita terus istiqomah perbaiki diri dan amal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Sue.
      Aamiin.InshaAllah kak Sue..dan Allah terima setiap kebaikkan yang kita lakukan.

      Padam
  3. Salam Israk Mikraj.
    Jadikan Nabi Mohammad contoh utama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Pakcik WP.
      Aamiin.Contoh terbaik untuk sekalian ummat.

      Padam
  4. Salam Isra' Mikraj PC..
    Sayu dan sebak bila baca dan hayati sirah Rasulullah s.a.w kerana baginda sentiasa berkorban demi kepentingan umatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak LZ.
      Betul kak..lagi sedih bila ada yang memburukkan atau menghina baginda.Sedangkan baginda sayang umatnya.

      Padam
  5. cerita isra' mikraj adalah antara cerita menarik.. penuh pengjaran dan teguran peringatan buat kita semua..

    BalasPadam
  6. Salam Isra' Mikraj PC.. semoga kita semua sentiasa beroleh keberkatan yg berpanjangan dgn rahmat kasih sayang Illahi... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama