Mohon DanTolonglah Peduli

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MOHON DAN TOLONG PEDULI | Ada banyak perkara perlu kita ambil tahu.Ambil tahu bukan untuk menambah kekeruhan tetapi selagi boleh dan mampu menjernihkan.Dalam kesibukkan dengan pelbagai agenda kehidupan..salah satu perkara besar yang MESTI..mohon dan tolonglah peduli adalah mengenai setiap rezeki yang kita perolehi setiap hari.Allahu.Terasa menggeletar sendi.

Mungkin ada yang hanya mementingkan jumlah atau nilainya sahaja.Mungkin juga ada yang tidak kisah yang penting sentiasa ada dan sudah tersedia bila mahu guna.Ada juga yang tidak peduli apa dan dari mana..selagi boleh dan berdaya yang ada diperbanyak semahunya.Tidak semua manusia begitu citarasanya.Ada juga yang sangat-sangat berkira dan menjaga.Berkira wajar tidak wajar untuk rezeki tersebut diterima..demi menjaga apa yang bakal dipersembahkan pada Tuhan dihari kebangkitan nantinya. 

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata,bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta,apakah dari sumber yang halal atau pun halal". (Riwayat Muslim)

Moga Allah swt sentiasa menjaga kita daripada rezeki yang tidak jelas sumbernya dan tidak jelas statusnya.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rezeki yg dapat jadi darah daging.. makanya yg haram itu boleh jadi kekal dalam jasad kita selagi hidup, nauzubillah. Moga Allah berkati setiap rezeki kita semua agar senantiasa dari sumber2 yg halal.. aamiin ya Rabb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Tn.Itu yang takut dan sangat merisaukan.Apa yang disuap ke mulut menjadi darah daging.Justeru sumbernya sebolehnya diperhalusi sebaik-baiknyalah.

      Padam
  2. benda ni kena hati2.. kadang2 terjumpa duit tp tak tahu duit siapa takkan nk guna. contohnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..kecil dan mudah..tapi besar kesannya pada diri kan Nina.

      Padam
  3. Rezeki yang berkat sedikitnya itu mencukupi.
    Rezeki yang berkat banyaknya itu mampu dikongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Mrs A..betul.Allah tolong kita berasa cukup..aamiin.

      Padam
  4. Sucikan rezeki yang kita terima dengan menginfak dan bersedekah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin.InshaAllah Pakcik.Dan bertaubat juga.

      Padam
  5. Semoga rezeki kita sentiasa diberkatiNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..aamiin..berharap sangat-sangat begitu ejulz..sentiasa didekatkan dengan rezeki yang berkat.

      Padam
  6. Apa yg kita makan akan jadi darah daging. Wajib halal sumbernya. Yg syubhah elakkan adalah yang terbaik.

    BalasPadam
  7. Semoga rezeki kita sentiasa diberkati oleh Allah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama