Pantang Larang Ketika Ber'blog'

PANTANG LARANG KETIKA BER'BLOG'
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PANTANG LARANG KETIKA BER'BLOG' | Pantang larang ni ada yang suka.Ada yang sebaliknya.Ada yang tolak terus.Ada yang ambil sebahagiannya sahaja.Ikut kepercayaan adat masing-masing.Bagi PC yang turun temurun jangan terus ditolak..yang moden jangan terus diterima.Kombinasikan asal tidak memudharatkan diri.Itu sudah cukup baik.Bismillah.

Pantang ni tidak hanya tertumpu bagi wanita-wanita atau ibu-ibu yang melahirkan sahaja.Pantang ni untuk semua tetapi mengikut keperluan dan kehendak masing-masinglah.Nak buka akaun blog..nak jadi blogger pun ada pantang larang juga.

Pantang larang ketika ber'blog'

Related image
CREDIT GOOGLE IMAGE

Elakkan Beremosi.'Blog aku,suka akulah'..betul juga..kita pun tak boleh nak marah-marah apatah lagi nak memaksa.Jangan marah tapi nasihat dan ingatkan.Amalkan,ingatkan diri sendiri juga ni sebenarnya.Elakkan beremosi ketika ber'blog'.Tak kiralah waktu taip entri sendiri atau sedang memberi komen pada perkongsian sahabat-sahabat blogger yang lain.Bahaya.Walaupun blog ini boleh dijadikan sebagai diari tatapan pelawat..namun ada hal yang tidak sewajarnya dikongsi untuk bacaan umum.Mudahnya begini..'jangan berjanji ketika gembira..jangan marah ketika sedih'.Begitu jugalah ketika ber'blog'.

Tolonglah Jangan Lupa Kreditkan.Kalau kita bermuamalat iaitu berjual beli pasti ada akadnya..'saya beli'..'ya saya jual'.Kalau kita terima pemberian..'terima kasih'.Bila ber'blog'..sama ada gambar atau artikel milik orang lain yang kita ambil kemudian masukkan ke dalam blog kita..tolonglah kreditkan kepada pemilik asalnya sebagai tanda menghargai dan minta izin.Bukahkah itu lebih sopan dan sangat beradab.

Pemilihan.Bukan makan sahaja yang mesti kita pilih sehabis baik..untuk blog sendiri pun sedaya cubalah buat pemilihan yang terbaik.Selain pemilihan template..warna dan saiz tulisan juga tersangatlah penting.Elakkan syok sendiri kerana blog itu bukan sendiri tulis sendiri publish dan sendiri baca serta komen..sebaliknya untuk perkongsian.Justeru biar kita syok tengok blog sendiri..orang lain pun berganda-ganda syok tengok blog kita.

Asal Boleh Itu Bahaya.PC cuba praktikkan di mana sedaya upaya elak sikap asal boleh ketika ber'blog'.Esok lusa kalau PC berubah siapa tahukan.Nauzubillah.Bagi PC ianya meletakkan blog sendiri dalam keadaan bahaya.Bila asal boleh bererti semuanya dilakukan sambil lewa.Santai itu boleh.Entri ringan itu bukan dan tidak timbul masalah.Tapi asal boleh itu kurang manis sebenarnya kerana blog bukan tong sampah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. Betul tu, kena berhati-hati dalam menulis. Kadang-kadang kita terlalu ikutkan emosi. Akhirnya makan diri sendiri. Terima kasih untuk peringatan Kak Feni juga.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Kena berhati-hati sekarang ni dalam menulis.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang menarik PC.. juga teguran yang bagus..

    ReplyDelete
  4. nice sharing pc, insyaaAllah semoga kekal ingat pantang larang itu

    ReplyDelete
  5. Mudah2an menjadi renungan peringatan buat kita semua dlm berblog, in shaa Allah. Terima kasih atas peringatan ini PC. Semoga sentiasa diberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. Betul tu PC.. kena beringat selalu nam tulis atau nak kongsi apa sebab semuanya bakal di tanya nanti di sana..

    ReplyDelete
  7. Banyak pantang larangnya. X apa. Abam Kie akan ikut segala nasihat di atas.

    ReplyDelete
  8. Tulis yang baik2,
    Komen yang baik2
    Mudah2an bermanfaat

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg bermakna akak.. betul tu jgn sesekali ckp 'Blog aku,suka akulah'sbb buat apa kita buat blog jika tak boleh ditegur. lebih baik private kan saja kan.. hehe

    ReplyDelete
  10. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.