Tidak Pernah Cukup Itu Nafsu

TIDAK PERNAH CUKUP ITU NAFSU
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Yang sihat jasad.
Yang waras akal dan fikiran.
Tergalas banyak hal pada dirinya.
Sentiasa.
Hingga Izrail datang melunas tugas.
Di saat itu hanya terima habuan.
Habuan jika dulu menjadi hamba nafsu.

Tidak pernah cukup itu nafsu.
Lagi dan lagi.
Itu dan ini.
Pelbagai jenisnya.
Bermacam ragamnya.

Nafsu.
Ada penyebab berjaya.
Ada penyebab sengsara.
Tidak semua ikut nafsu membinasa.
Tidak kurang yang entah ke mana-mana.
Bagaimana nafsu dikemudi.
Di situ arahnya ia pergi.
Menjadi dan menjadi-jadi.

Tidak puas.
Itu nafsu.
Ahh sedikit.
Itu juga nafsu.
Kurang.Kurang.Kurang.
Juga kata nafsu.
Mahukan segalanya lebih.
Nafsu juga.

Patahkan nafsu itu.
Jika memburuk.
Lenturkan juga ia.
Berpuasalah.
Berzikirlah.
Beristighfarlah.
Suburkan nafsu itu.
Andai membaik.
Kawalan sentiasa perlu.

# sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. MENGAWAL NAFSU DGN BIJAK INSYAA ALLAH

    BalasPadam
  2. blog akak dh brwajah baru. sejuk mata memandang. nampak sngt dah lama busyra tak terjah sini.. btw nice sharing akak . :)

    BalasPadam
  3. jika nafsu bermaharajalela, punahlah hidup. semua benda tak cukup.

    BalasPadam
  4. MasyaAllah.. Semoga kita dapat kuatkan iman supaya tuntutan nafsu tidak diturutkan..

    BalasPadam
  5. Nafsu kalau diturut memang bahaya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama