JANGAN SEMBARANG MENCUIT

JANGAN SEMBARANG MENCUIT |بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Lawak jenaka itu satu terapi lebih-lebih yang benar-benar berjaya mencuit hati. Ketawa hingga tak kering gusilah senang cakap. Hiburan itu perlu dalam kehidupan kita.. supaya tidaklah serius atau tegang sepanjang masa.

Bila kita buat orang gembira.. boleh ketawa.. inshaAllah kita pun bahagiakan.. kita pun rasa gembira juga hujungnya. Orang senang dengan kita.. urusan kita juga jadi mudah. Lancar sentiasa. InshaAllah. Aamiin.

Jangan sembarang mencuit. Lagi-lagi kalau mencuit buat hati orang sakit. Mencuit dengan kata-kata ni memarahkan keadaan. Kadang orang tak perasan dan tidak ambil tahu pun hal macam ni. Ikut sesedap rasa dan suka.

Ada orang kebal.. makilah sampai roboh tembok.. dia buat tak tahu je. Ada orang sebaliknya. Sebenarnya bukan kata-kata je kena jaga.. selalu yang kita tahu kata-kata ni lebih pedas.. lebih tajam.. tapikan sebenarnya kadang dengan tindakkan atau tingkahlaku pun boleh mencuit hati orang. Boleh jadi suka, boleh jadi sakit hati.

Ditambah ketika Syawal sebagai contoh paling mudah.. sesiapa pun jagalah apa yang sepatutnya dijaga. jangan sembarang mencuit. Kalau diri sendiri taknak dan tak sanggup rasa sakit dicuit... baik berjaga-jaga dulu.. jangan mulakan.. jangan buat orang ok.

Dah puas awak berdentam dentum cakap... bahan orang.. 5 minit kemudian tersengeh-sengeh hulur tangan minta maaf macam tak ada apa-apa berlaku.. awak ingat mudah ke orang yang kena tu yang maafkan awak... raya tak raya.. begitulah ibaratnya.

Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN SEMBARANG MENCUIT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. saya boleh bergurau dan serius...cuma gurauan semakin kurang apabila usia semakin menua

    BalasPadam
  2. Ada orang yang tak boleh dibawa bergurau. Yang boleh bawa bergurau pun kita tak tahu sama ada dia makan hati di dalam, kan.

    BalasPadam
  3. Lebih2 lagi kalau mencuit bab mempersendakan agama

    BalasPadam
  4. Poke tu sama dengan cuit tak?

    BalasPadam
  5. hati2 juga mencuit sesuatu isu silap cuit mendapat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama