Janganlah Dilupa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGANLAH DILUPA

Kacang goreng cap pagoda
Enk dimakan bersama jiran
Tidak usah mendabik dada
Ingat sentiasa hidup kita ini berTuhan

Aduh ngilu rasa lutut
Sedar diri sudah tua
Biar sedikit ilmu dituntut
Amalkan sentiasa usah dilupa

Pusing-pusing dalam taman
Melintas laju di pohon cemara
Jangan dilupa budinya teman
Jangan disisih budi saudara mara

Beli petai dua papan
Cukup untuk dijadikan ulaman
Setiap yang berlaku jadikan pengajaran
Jadikan guru terbaik menjalani kehidupan

related image

Cantik sungguh sarang burung tempua
Susah juga mahu kita jumpa
Nasihat ibu bapa janganlah dilupa
Demi kebaikkan sepanjang usia

Kain sutera dari Cina
Indah warnanya berbunga-bunga
Al Quran dan hadis jangan dilupa
Pegangan hidup seusia yang dikurnia

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. peringatan yang bernas.. Semua itu harus sentiasa diingatan.. jangan dilupakan..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas peringatan ini PC. Moga kita semua sentiasa dibawah rahmat perlindunganNya.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama