Memancing Mood

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MEMANCING MOOD | Bukan ikan,udang sahaja boleh dipancing..eh mood pun boleh dipancing.Kalau nak pancing banyak jenis umpan boleh digunakan..begitu jugalah kisahnya memancing mood.Kreatif atau tidak sahaja.Agak mustahil mood sentiasa stabil.PC sendiri pun terkadang mood dah macam rojak..kalau macam pelangi kira rezekilah tu..tapi pelangi ni limited edition..kihkihkih.Semulajadi..begitulah kita manusiakan.Boleh berubah sedetik waktu.Tapi jangan diturutkan sangat buruk akibatnya.

Sana sini masing-masing teruja menyambut Ramadhan.Bila sudah masuk dan bermula sahaja berpuasa tanpa sedar masa itu pantas berlalu.Sangat pantas kita lalui dari sehari ke sehari.Allahuakbar.Biarpun bukan masalah besar pada si dewasa untuk berpuasa berbanding kanak-kanak..namun ada segelintir dewasa melebihi kanak-kanak ragamnya..kecuali ada masalah atau sebab tertentu dibolehkan hukum tidak berpuasa kepada si dewasa.

Terus terang,berpuasa ini berat.Serba serbi diuji.Semua teruji.Siapa pun boleh tewas.Mungkin berjaya tidak makan dan minum..tidak melakukan hal yang boleh membatalkan puasa namun belum tentu tidak melakukan hal yang menipiskan pahala.Boleh jaga mulut belum tentu boleh jaga hati.Boleh jaga mulut dan hati belum tentu boleh jaga tingkahlaku.SubhanaAllah.

Related image

Sering timbul isu ketika bersahur.Bangun tidur nak cari mood makan kadang ambil masa juga..jiran sebelah dah sendawa eh kita termenung lagi ye..cubalah cari menu mudah tapi membuka selera kita..yang boleh memancing mood kita nak makan ketika sahur..nasi panas..telur dadar..ikan kering sepat..sayur bening..fuh.Haha.

Dalam situasi keletihan..mengantuk dan mungkin serba serbi menjadi perlahan..jangan sampai lupa memancing mood untuk lebih giat beribadah..membaca Al Quran..zikir..istighfar dan sebagainya.Seperti mana belum puasa sudah membuat persiapan raya..begitu jugalah moga yang dilakukan menghargai Ramadhan ini.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ramadan kareem PC. selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sihat hendaknya. semoga mood kita semakin bertambah dari sehari ke sehari hingga ke 10 malam terakhir. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu Akram.Salam Ramadhan kembali kak Ana sekeluarga.Betul..kita tingkatkan semangat beribadah hingga semaksimumnya.Aamiin.

      Padam
  2. Selamat menunaikan ibadah dibulan suci ramadhan. semoga kita diberikan rizky yang melimpah dan mood kita gak kurang malah nambah lebih mood lagi karena ini bulan yang ditunggu tunggu kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..aamiin.Mudah-mudahan begitu mahunya.Dapat menemui Ramadhan ini pun rezeki untuk kita ummat Islam.Syukur.

      Padam
  3. selamat menyambut ramadan PC. Semoga kita mood kita sentiasa tenang dan sabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Kak Yaya.InshaAllah.Nak beribadah perlu tenang dan sabarkan kak.

      Padam
  4. Assalamualaikum, salam Ramadhan 1440h. Moga sentiasa diberikan 'mood' dalam melakukan ibadah sehingga ke penghujung ramadhan dan bulan-bulan seterusnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam ustz.Aamiin.InshaAllah.Moga mood sentiasa Allah beri yang terbaik.

      Padam
  5. Assalamu'alaikum.

    Ramadan Kareem PC. Semoga ibadah kita ada nilainya di sisi Ilahi. Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kakcik..Allahu Akram.Betul kak..moga ibadah kita semua Allah redha dan terima..aamiin.

      Padam
  6. Haha pancing dot ikan Boleh masak buat buka PC

    BalasPadam
  7. Salam Ramadan kareem PC.. semoga Ramadan tahun ini membawa lebih keberkatan buat kita semua.. aamiin. Selamat berpuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu Akram.Salam ramadhan juga Tn.Betul..itu yang kita harap2kan..keberkatan yang berterusan.aamiin.

      Padam
  8. Salam Ramadhan sis PC :) Betul tu nak sahur tu kdg2 kena amik mood jugak. Lama duk termenung kt bucu katil dulu. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ramadhan juga YEASLMN.Nak cari mood sahur yang melayang-layang ambil masa jugakan..hihi.

      Padam
Terbaru Lebih lama