بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
NAFSU YANG MEMBINASA
Puasa
Jangan sekadar tahan lapar dan dahaga
Jangan sekadar tidak mahu qada dan fidyahkan juga
Jangan kerana malu Islam tapi tidak puasa
Puasa itu ibadah wajib kerana Allah SWT
Nafsu yang membinasa
Bila lapar dan dahaga
Semua mahu
Semua berlegar-legar difikiranmu
Terasa-rasa ditekakmu
Terpandang-pandang dipandanganmu
Semua dihajati
Percayalah
Perut tidak menipu
Tidak mampu melayan rakusnya nafsu
Ada hadnya menjadi tepu dan padu
Nafsu tidak semuanya buruk
Ada nafsu yang melonjakkan kualiti insan
Lebih menjadi insan
Lebih menghargai peluang daripada Tuhan
Ya nafsu
Kerana ada nafsu manusia bersemangat beribadah
Kerana ada nafsu manusia ingat akhirnya kembali ke tanah
Kerana ada nafsu insan lebih tahu hidup berTUHAN
Kerana ada nafsu insan menyelusuri isi Al-Quran
Moga nafsu yang membinasa
Binasanya pada keburukkan
Pada kejahilan
Pada sandiwara kepura-puraan
Nafsu Yang Membinasa
#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit
Tags:
Santai
Baik julia akan teruskan senyuman hehehe, semoga kita lebih fokus mengejar kualiti berpuasa.
BalasPadamHehehehe..senyum tau.Aamiin.Dan moga Allah pelihara kesihatan kita supaya dapat fokus pada setiap ibadah yang dilakukan..
PadamNafsu dalam diam tu bahaya kan PC, tanpa sedar...
BalasPadamKena fokus suapaya puasa kita tidak di binasakan oleh nafsu ..
Nafsu dalam diam yang negatif tu sangat bahaya Sis..silap langkah jadi jenayah pun boleh jadi juga.Nauzubillah.
PadamSalam Jumaat kak PC. Senyum selalu :) Hehe
BalasPadamTerima kasih.Ya,terus tersenyum ya :)
Padambila bln ramadhan nafsu nk makan macam2 tp kena bw bersabar..ikutkan nafsu membazir nanti kn
BalasPadamIdea nak makan macam-macam tu lain macam sebenarnya..bila dah depan mata sebenarnya cuma nak minum je yang lebih.
PadamSempena Ramadhan nie semoga kita belajar kawal semua nafsu kan PC.. mana tau membawa sampai habis Ramadhan.
BalasPadamhati kita boleh mendidik nafsu.
BalasPadamJangan nafsu mengawal hati
semoga kita mampu melawan nafsu yang boleh membinasakan diri kita
BalasPadam