Teruslah Mengenang Dan Sedekahkan Sesuatu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

TERUSLAH MENGENANG DAN SEDEKAHKAN SESUATU | "Barang yang lepas tidak usah dikenang,biarkan berlalu"..tengok juga apakah perkara itu..kerana terkadang untuk mengubat rasa dengan cara mengenang itu juga meredakan jiwa.Asalkan tidak buat kita larut dengan kesedihan atau kekecewaan hingga menganggu aktiviti kehidupan seharian itu boleh sahaja.

Rindu boleh terus jumpa.Andai jarak memisahkan zaman sekarang tiada yang menghalang cuma mahu atau tidak sahaja menghubungi insan-insan tersayang kita..ibu bapa,adik beradik dan sebagainya.Telefonlah yang paling mudah untuk mendekatkan jarak yang jauh..biarpun sekadar mendengar suara..itu sudah memadai berbanding tidak mendengar suara dan tidak melihat apa adanya.Kekangan sentiasa ada..namun pemudah caranya juga tinggal dipilih sahaja mengikut kemampuan dan kesesuaian yang selayaknya.

Itu kisahnya andai ibu bapa,adik beradik,saudara mara dan sahabat kita masih ada.Bagaimana andai mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini..Allahu..PASTI sakit,pedih dan rindunya bukan satu yang boleh dipandang dan dianggap remeh.Kalau semasa hayatnya kita usahakan untuk memberi sebagai tanda menghargai dan mengingati...lakukanlah perkara yang sama ketika mereka insan-insan kesayangan kita bila telah tiada..teruslah mengenang dan sedekahkan sesuatu yang dapat menerangi dan membahagiakan mereka di alam sana.Ingat dan kenang setiap kebaikkannya,,kita sambung amal dan sebarkan moga menjadi jariah mereka.

Bagi PC tiada salahnnya mengenang..lebih-lebih lagi mengenang orang yang telah tiada kerana tidak mustahil,,amanah atau wasiat dan peasanannya mampu mengubah kita menjadi lebih baik,lebih beringat dan lebih menjadi manusia yang soleh dan solehah.Berbeza alam..terpisah dari dunia yang berbeza..namun itu bukan satu halangan atau alasan untuk melupakan..kalau hari ini kita ingat mereka yang telah tiada..tidak mustahi bila tiba giliran kita telah tiada nanti..inshaAllah tetap dikenang orang.Aamiin.

Related image
Teruslah Mengenang Dan Sedekahkan Sesuatu | GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. perkara yg baik dikenang untuk teladan, perkara yg tidak berapa baik dikenang untuk dijadikan sempadan. inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat.Justeru mana yang baik..kenanglah moga ianya memberi kebaikkan semula kepada yang telah tiada.

      Padam
  2. betul tu setuju setuju. umi saya selalu sedekahkan atau waqaf kan atas nama wan & atuk (mak ayah kepada umi saya) yang telah lama meninggal dunia. dengan harapan dapat menolong mereka di alam sana. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengenang atau caraingat yang positif..begitulah yang sering dilakukan..dan itu sahaja cara yang boleh dilakukan yang masih hidup kepada yang sudah tiada..

      Padam
  3. buat mereka yang telah tiada, doa dan sedeka atas nama mereka adalah cara terbaik tanda sayang kita pada mereka. semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..mooga hubungan yang masih hidup dengan yang telah tiada tidak terus terputus.Berusahalah kita untuk sentiasa menyambungnya.

      Padam
  4. Kita suka mengenang yang sudah tiada je PC..kalau kenangkan orang yang adaaa....kadang tambah sakit hati bila teringat dengan perbuatannya..huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah Sis..kenang yang manis-manis pada yang telah tiada..kalau yang masih ada..perbuatannya menyakitkan rasanya dengar nama pun malas.

      Padam
  5. Sentiasa dalam ingatan tambahan baru sahaja berlaku.. Rindu yang sentiasa mencengkam membuatkan ingatan terus padanya.. Tapi pemergiannya diterima, kerana setiap yang hidup pasti akan mati..

    BalasPadam
  6. Mengenang sesuatu membuat kita sentiasa kembali atas landasan yg baik. Perkara baik jadi tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat buat semua.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama