Ya Memang Pelangi Itu Ada Cuma..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

YA MEMANG PELANGI ITU ADA CUMA ...

Adakah ia untuk aku kau mereka
Menikmati dengan deria mata
Melihat indahnya warna
Biarpun dari kejauhan
Biarpun berperang dengan selindung awan
Biarpun singkat tetap menawan

Di balik derita
Ada bahagia
Di balik esak tangis
Ada ketawa
Di balik gelita
Ada sinar cahaya
Ya
Tapi adakah ia untuk aku kau mereka juga

Entah kan padi entah kan lalang
Sedang esok pun belum tentu dalam genggaman
Sekadar ramalan bukan sudah dicengkaman
Inikan pula berbulan bertahun mendatang
Boleh jadi bukan padi juga bukan lalang
Mungkin juga telah dijemput pulang
Tidak berkesempatan memandang pelangi terang

Ya memang pelangi itu ada cuma
Pemulanya gerimis yang panjang
Tidak mengapa menempuh gerimis
Tidak usah gentar mengemis
Selagi mengemis padanya Tuhan
Tidakkan terkutuk oleh sesiapa pun

Jangan diharap pelangi untuk aku kau mereka
Jangan ditunggu teduhnya hujan
Jangan dirungut gerimis yang datang
Teruskan niat
Bangunkan impian kerana Tuhan
Ya kerana Tuhan
Dan nanti semuanya menyusul kemudian

Related image
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mendalam nya setiap kata, kena hadam hingga lumat ni :D

    BalasPadam
  2. Benar..kadang-kadang Allah datangkan pelangi sebagai amaran pada kita yang menyuruh rasa bersyukur...dan ada masa Allah hadirkan dulu hujan dan panas..tapi kita jangan harapkan pelangi akan muncul...sabar ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelangi itu bonus kan Sis..ada rezeki berganda..tidak ada dan bukan rezeki kita.apa yang depan mata sentiasa syukuri sahaja..

      Padam
  3. Dalam manisnya nikmat ada ujiannya juga kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey..kena hati baik ketika diberi ujian atau diberi nikmat.

      Padam
  4. Insya Allah.. sama-sama mencari redha Allah SWT

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama