بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
AGAK SUSAH MAHU MENGAWALNYA | Apa yang dalam genggaman pun boleh terlepas.Apa yang telah di dalam mulut pun boleh terkeluar.Ada perkara mudah dikawal.Ada hal agak susah mahu mengawalnya.
Sakit perut.Agak mudah mengawal rasa mahu buang air kecil..tetapi tidak bagi kes mahu buang air besar atau mail nak muntah.Silap-silap boleh terbarai waktu itu juga dan bila angin beracun berada pada paras umbun-umbun jangan sentap kalau kena marah berdas-das..lain macam dia punya penangan.
Lapar.Ada orang lapar pun boleh buat lawak lagi.Ada orang jangan berani-berani nak ajak dia berbual atau cuba-cuba nak buat macam tak ada apa-apa..silap-silap makan selipar saiz lapan nanti.Dia yang lapar..awak yang kunyah selipar.Fuh.Tahap lapar sungguh ni.
Marah.Hebat sangat kalau tengah marah masih boleh berlisan dengan tahap volium yang paling rendah dan sederhana..masih boleh senyum dan santai macam tak marah langsung dan orang tak dapat kesan pun dia tengah marah.Ya Allah..doa sentiasa tapi belum makbul lagi nak jadi macam ni bila tengah marah.Agak susah mahu mengawal emosi ketika sedang marah..kadang istighfar pun tak laku..kadang dari berdiri bawa ke duduk pun tak menjadi..Allahuakbar.Sakit hati sunguh nampaknya kalau macam tu.
Fitnah dan viral.Teknologi tidak salah.Media sosial juga tidak salah.Yang salah adalah yang menyalahgunakan setiap kemudahan yang ada untuk melempiaskan atau menyalurkan rasa kepada pengetahuan umum..itu sahaja.Setiap kemudahan yang dicipta untuk kebaikkan.Demi memudahkan banyak urusankan.Asalnya bukan untuk mengeruhkan keadaan semasa.Lantaran di zaman ini boleh dikatakan setiap individu memiliki dan mudah mendapatkan bahan melalui akses terpantas..maka media sosial menjadi perantara utama yang dilipih untuk membiakkan fitnah hingga viral ke mana-mana sahaja..agak sukar mahu mengawalnya selagi mana manusia tidak memulakannya daripada diri sendiri.Bermulanya dari hati.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit
Tags:
Santai
Bab mengawal kemarahan itu benar, agak susah nak tarbiah diri untuk tenang...bila marah menguasai diri habis semua...moga Allah limpahkan kita dengan sifat ketenangan bila marah menjelma utk buat keputusan profesional dan tidak melulu.
BalasPadamBetul..kadangistighfar pun macam mencurah air pada daun keladi..terutama bila kemarahan betul-betul sedang meledak.Allahu.
Padamthanks for the reminder
BalasPadamSama-sama.
PadamIn shaa Allah..
BalasPadamMoga bermanfaat untuk Kita semua
Alhamdulillah.InshaAllah.Aamiin.
PadamMakin berumur ni kalau boleh nak menahan dan kawal sehabis boleh segala sikap negetif tu...takut kalau sedang marah, tiba-tiba kejang strok...huhuhu sebab marah di luar kawalan kannn
BalasPadamBetul la Sis..tapi kadang makin nak dikawal makin banyak pulak yang menduga.Tapi inshaAllah boleh.Aamiin.
PadamNak kawal kemarahan perlukan kesabaran yang besar. Sesungguhnya orang yang berjaya mengawal kemarahanannya adalah orang yang menang.
BalasPadamTepat.Nak sabar tak semudah cakapkan..kena hari-hari latih diri juga.Moga kita sentiasa bersabarlah.Aamiin.
Padambab lapar tu memang, saya kalau dah lapar dah tak boleh fikir apa..
BalasPadamBila lapar susah nak fokus..tapi bila berpuasa..niat itu buat kita kuat.
Padamkalau lapar mmg mudah nak marah.. huhuhu
BalasPadamEmosi dan mood ke laut jadinya ya.
PadamSetuju sgt.. Kalau tgh marah baik.diam.diri je
BalasPadamMasa diam tu jangan ada yang kacau..nanti lebih teruk jadinya..bagi betul-betul tenangkan.
PadamKena marah biar bertempat kan kak PC, jangan terlalu ikutkan hati yang panas..
BalasPadamBetul..lazimnya jarang orang marah tanpa sebabkan..
Padam