Kisahkan Yang Utama

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

KISAHKAN YANG UTAMA | Setengah bulan lebih dah kita meninggalkan Ramadhan kali ini.Tapi macam tak boleh move on walau dah sambut Syawal.Allah,Engkau rezekikanlah kepada kami Ramadhan dan Syawal pada tahun-tahun berikutnya..aamiin.

Berpuasa di bulan Ramadhan itu ibadah.Rukun Islam kan.Kalau ada yang berjaya menurunkan berat badan ketika Ramadhan itu bonus.Termasuk jugalah puasa sunat.Puasa itu ibadah kerana Allah..andai dapat menurunkan angka atau digit pada penimbang berat badan itu nikmat supaya mudah beribadah dan sihat.

Betulkan niat.Tidak hairan kalau ada yang bersungguh-sungguh nak menurunkan berat badan.Bila ditanya sesetengahnya memberi pendapat adalah untuk lebih mudah bergerak,bergaya dan lebih cantik bentuk tubuh badan.Namun ada juga yang bila ditanya mengapa mahu menurunkan berat badan dan beria-ria nak kurus...jawapannya mahu sihat supaya mudah beribadah..alhamdulillah.Terkadang niat juga memainkan peranan penting untuk melancarkan sesuatu usaha.

related image
Kisahkan Yang Utama | Sumber Google


Kisahkan yang utama.Ramai yang disisih,dikeji,disindir dan dibuang kerana berat badan.Ada yang menjadikan berat badan berlebihan ni satu isu besar.Ada juga yang tak kisah pun..baik pada diri sendiri atau kawan-kawan disekelilingnya..janji sihat..Tidak kiralah apa pendapat dan pendekatan masing-masing..cuma perlu jugalah lebih kisahkan yang utama.Kisahkan pandangan Allah SWT.Tak ada kata gemuk tu tak bagus..kurus tu bagus..dan sebaliknya,kurus tu tak elok dan gemuk tu elok.Rezeki masing-masing kerana kurus atau gemuk ni ada juga kaitannya dengan genetik kita.Sesekali risaukan jugalah bagaimana timbagan kita di sana nanti.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rajin berpuasa memang boleh mengawal berat badan

    BalasPadam
  2. bila bulan puasa jer ramai yg naik berat badan dan tak kurang yang turun berat badan..hehe

    BalasPadam
  3. Puasa melatih displin diri.. mudah2an amalan kita gemuk diakhirat kelak.. aamiin2 ya Rabb.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama