Bila Memang Sudah Masanya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA MEMANG SUDAH MASANYA

Berat atau ringan
Susah atau senang
Pahit atau manis
Telan tetap ditelan juga
Itulah asam garam kehidupan

Biarpun sayang tetap harus dibuang juga
Walau berharga tetap mesti dilupakan jua
Bernilai bila memang sudah masanya berganti juga
Seberapa bernilainya harta benda yang kita punya
Sementara
Ada tarikh luputnya

Biar berat segenap rasa
Harus merelakan juga
Pergi seketika
Kembali selamanya
Nanti-nanti akan bersua
Atau hanya menanti di SANA
Mati itu pasti bagi yang bernyawa
Untuk semua

Hitam tidak selamanya hitam
Putih tidak selamanya putih
Barangkali boleh beralih dan berganti
Pintu taubat sentiasa terbuka
Hidayah Allah sentiasa ada

Bila memang sudah masanya
Tembok besar berkecai juga
Lautan luas mengering mudahnya
Gunung ganang melebur semuanya
Langit biru runtuh merapuh
Yang disebut-sebut muncul juga
Nanti ini semua berlaku juga
Kiamat yang dulu cuma didengari sahaja

Related image
Bila Memang Sudah Masanya | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. TAKDIR YG TELAH TERTULIS SEJAK AZALI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita hamba terus mencuba menjadi yang terbaik pada PANDANGAN-NYA..aamiin.

      Padam
  2. Balasan
    1. Allahuakbar..hakikat kehidupan..untuk semua setiap yang bernyawa tempuhi..

      Padam
  3. terasa di hati yang paling dalam.. huhuhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama