Bila Orang Tua Sedang Bercakap..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA ORANG TUA SEDANG BERCAKAP | Kalau bukan yang muda hormat yang tua..siapa lagi yang nak hormat mereka..lebih-lebih lagi yang seagama dan sebangsa..kalaulah yang bukan sebangsa dan seagama boleh lebih menghormati orang tua..nanti tidak tercabarkah kita..atau tidak berasa apa-apakah.Panjang umur..Allah swt rezekikan inshaAllah kita pun tua juga.Tak gitu.Bukan harap hamparan karpet merah pun.

PC pun manusia biasa.Ada sahaja lakukan khilaf di mana-mana dan tidak tentu masa.Itulah proses dalam kehidupan teruskan belajar daripada kesilapan supaya tidak berulang dan diulang lagi.Antara banyak hal..satu hal yang agak sensitif perlu diperbetul,ditegur dan diambil berat adalah bila orang tua sedang bercakap.

Jarakkan diri terlebih dahulu.Telefon bukan makhluk asing.Jadi memang dah tak pelik pun.Orang-orang tua pun yang ada sudah mahir menguasainya.Namun begitu sebahagian besar mereka bijak mengasingkan bila masanya perlu dan bila masanya letak tepi..dan yang muda-muda ni..kalau boleh semasa orang tua sedang bercakap,bersembang..tolonglah tinggalkan sekejap telefon tu.Kalau pun penting sangat..minta maaf dan jarakkan diri sehingga urusan online selesai.Apa rasanya kita sedang bercakap tapi orang buat hal sendiri..ralit dengan smart phone..sibuk dengan gadjet masing-masing..sakit hatikan..marahkan..

Elakkan menyampuk.Bersembang mestilah komunikasi dua hala.Ada yang cakap.Ada yang dengar.Kalau dua-dua bercakap apa nak jadi.Keadaan ini dipanggil menyampuk bila orang tua tengah bercakap.Bawa bertenang ya.Sabar.Dengar sampai habis dulu.Tak rugi pun awak dengar dan beri tumpuan.Kemudian fikir sebelum bercakap.Seronok bila apa yang nak disampaikan mudah diterima dan difahamikan.

Melawak biar bertempat.Ada orang tua jenis suka melawak.Kita serius pun dia boleh lagi melawak.Bonuslah kalau macam tukan.Ada pulak yang tak suka melawak.Serius sahaja.Dan tidak kurang yang melawak ikut masa.Dan yang muda..tidak kiralah disituasi mana bawaan orang tua yang sedang kita hadap..kalau nak melawak biar bertempat kerana lawak orang tua dengan lawak orang muda tak banyak..walau sikit ada bezanya.Lawak berisi..dengan lawak ikut suka lain.Termasuklah cara masing-masing bercakap.

Kesimpulannya..ada orang tua kisah.Dan ada orang tua tak kisah berhadapan dengan ragam anak muda ketika mereka sedang bercakap.Namun kita sendiri kena kisah dengan situasilah..tidak ada yang menegur tidak bererti setiap apa yang kita lakukan semuanya betul dan terbaik..ada akal..ada ilmu..aplikasikan..jaga adab pada keseluruhannya itu lebih baik.Perlahan-lahan praktikkan ya.PC juga mesti perbetulkan lagi diri.

Related image
Bila Orang Tua Sedang Bercakap.. | Gambar Google
Sekian

Sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sebab tu org tua2 dulu cukup marah bila anak2 dia nyampuk bila dia tengah bercakap. Mama ammi la tu.

    BalasPadam
  2. Tak berani nak menyampuk orang tua bercakap, tapi sekarang dah tua, kena join sekali la, haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. memang dah setara keperluan maka dibolehkan ya.

      Padam
  3. Nice sharing. Peringat untuk kita-kita juga :)

    BalasPadam
  4. Alamak, tajuk tu buat uncle terasa... hehehe

    BalasPadam
  5. Mak selalu cakap..bila org tua sedang bercakap jangan menyampuk...hehehe

    BalasPadam
  6. kena tunjukkan rasa hormat bila bercakap dengan orang yang lebih tua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat betul wak. Kecuali memang sama-sama bersembang masa tu.

      Padam
  7. jgn suka menyampuk.. org tua2 cukup tak suka

    BalasPadam
  8. betul.... yang penting kena tgk dulu org tua tu siapa... kalau boleh terima pendapat tak apa

    BalasPadam
  9. Anak dulu2 bila orang tua bercakap diaorang duk jejauh. Sekarang ni orang tua bercakap anak2 sibuk menyampuk .

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama