FASA DEMI FASA JANGAN GELOJOH

FASA DEMI FASA JANGAN GELOJOH | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Kura-kura lambat tapi bersemangat.. alhamdulillah sampai juga. Arnab laju, cepat oleh kerana dek kelelahan dan yakin yang melangit.. tewas juga.Itu kisah mudah untuk membayangkan bahawa yang lembat jagan diperkecil.. yang cepat tidah usah diperbesar.. kerana masing-masing ada momentum tersendiri dengan gaya dan cara yang sukar diramal. Namun begitu,kalau boleh cepat mengapa perlu berlengah dan kalau boleh dilakukan fasa demi fasa janganlah gelojoh.

Hijrah. Dari zaman Rasulullah SAW lagi peristiwa hijrah bermula dan berlaku. Hijrah tidak semestinya perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tidak juga bergerak dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain.. tidak semestinya berlaku migrasi. Melakukan perubahan pada diri sendiri daripada kurang baik kepada yang lebih baik juga itu hijrah. Selagi mana ada berlakunya perbubahan ya itu hijrah baik pada skala yang besar mahupun pada skala yang kecil sahaja. Ada orang melalui proses hijrah itu mudah dan lancar. Ada pula sebaliknya.. lakukanlah mengikut fasa demi fasa jangan gelojoh kerana semua yang mahu dilakukan perlukan proses yang panjang dan berterusan.

Tegur menegur atau menasihati. Bila ada niat untuk mengubah pastikan juga tetapkan niat tegur menegur atau menasihati itu kerana Allah.. bukan kerana berasa diri sudah cukup baik atau berfikir, semua orang salah.. salah dan salah sentiasa. Lakukan fasa demi fasa jangan gelojoh dalam niat baik mahu menasihati atau menarik minat orang kepada kebaikkan. Bezakan cara menegur dan menasihati mengikut usia dan permasalahan serta keperluan. Teknik perlu betul. Masa juga sebolehnya biarlah bersesuaian. Bagi PC cara pendekatan itu sangat-sangat penting.

Lakukan sesuatu fasa demi fasa itu mungkin sahaja ada yang tidak menggemarinya.. lambat.. terhegeh-hegeh.. namun itu lebih baik kerana sekurang-kurangnya banyak masa dapat dijimatkan.. kerana gelojoh atau terburu-buru ini lazimnya menyebabkan banyak khilaf dan kerugian juga. Apa pun terserah pada pilihan dan selesa masing-masing.

Related image
Fasa Demi Fasa Jangan Gelojoh | Sumber Google

Lompat sebelah kaki..satu persatu lompat ke dalam petak.. penat, lambat, kadang tersungkur dulu.. namun bila bersungguh semua petak berjaya dihabiskan. Begitulah dalam hidup kita.

Tinta Perdu Cinta ❤
FASA DEMI FASA JANGAN GELOJOH 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Yang pantas tak semestinya berjaya
    yang lambat ak semestinya gagal

    BalasPadam
  2. Kalau nasihat pelan-pelan, insyaAllah.. yang menerima nasihat akan berlapang dada..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama