Kan Bagus Kalau..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KAN BAGUS KALAU..  | Buah fikiran sangat-sangat diperlukan. Dalam meneruskan kelangsungan hidup tidak boleh juga menolak buah fikiran orang. 

Meraikan. Suka tak suka. Ngam tak ngam. Dengar dan ambil setiap buah fikiran dengan sebaiknya. Kadang tidak semua buah fikiran orang tu sesuai dengan kita, maka sesuaikan mana yang perlu, boleh dan patutlah.Tapi kalau memang perlu terus dibuang.. maka buanglah terus. 

Mengharapkan yang baik-baik sahaja. Semua berharap begitu. Malah tinggi pengharapannya. Kan bagus kalau hanya yang baik-baik,indah-indah,manis-manis,mudah-mudah berlaku disepanjang hidup kita.Tetapi mana mungkin kerana keimanan kita perlu diuji lantaran adanya dosa dan pahala..adanya juga syurga dan neraka.Apa yang diharapkan adalah kasi sayang Allah sebenarnya untuk hidup yang paling indah dan mewah baik di dunia atau nanti di sana.

Kan bagus kalau...semua yang Allah beri,tentukan dan telah tetapkan TIDAK ADA YANG TIDAK BAGUS DAN TIDAK ADA YANG TIDK BAIK.Semuanya itu yang paling terbaik untuk setiap hamba-hamba-NYA.Kadang manusia banyak dan sering mempersoalkan dan seolah memberi arahan kepada Tuhan agar lakukan seperti yang kita mahukan..sedangkan Allah itu tidak pernah menyusahkan hamba-hamba-NYA.

Kan bagus kalau....begitulah.Kan bagus kalau....beginilah.Hinggakan kita lupa dengan banyaknya saranan Allah yang sebenarnya memberi berganda kebaikkan kepada kita.Allahuakbar.

related image
Kan Bagus Kalau.. 

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah SWT

5 comments:

  1. Kan... bagus kita sentiasa bersangka baik pada Allah.
    Allah beri apa yang kita perlu tapi manusia selalu berkehendak yang sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. dan ingatlah, segala yang "kalau lah" itu banyaknya dari bisikan syaitan kerna kita belum cukup redha..

    ReplyDelete
  3. Kena lebih berdoa dan bersangka baik dgn allah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.