Penting Ke Gambar Pada Setiap Entri Blog

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PENTING KE GAMBAR PADA SETIAP ENTRI BLOG | "Penting ke nak sertakan gambar pada entri?".."Macam mana nak cari gambar".."Nak edit gambar bagi cantik susahnya"..bukan sahaja dulu-dulu di awal langkah pertama PC menghadapi situasi begini..waima sampai sekarang pun masih ada yang buat PC terus belajar.Setiap hari kita harus terus belajar dan perbaiki diri dalam segenap hal pun.InshaAllah.Aamiin.

Pendapat peribadi PC..gambar ni sebagai bukti atau penyokong apa yang kita sampaikan.Penyeri entri gitulah lebih kurang.Orang baca..ada pula gambar..baca faham..tengok gambar lebih faham.Macam tulah ringkasnya.Baik gambar dari simpanan peribadi mahupundiambil dari encik Google image.Jangan lupa kalau nak guna gambar orang lain minta izin..kalau tidak pun beri kredit..penting.

Adakala tidak perlu sertakan gambar kerana entri atau artikel yang diolah kemudian dikongsikan sudah mencukupi untuk diterima dan difahami apa yang cuba mahu disampaikan..Ada masanya sekadar tajuk,gambar dan hanya beberapa patah perkataan pun sudah memadai dan orang faham sangat cepat.

Penilaian orang memang tak sama.Ada orang lebih suka fokus pada entri dan apa yang mahu disampaikan..gambar..itu bonus.Ada orang kurang suka membaca sebaliknya lebih gemar menilai dan mentafsir melalui gambar..seberapa banyak gambar pun ok sahaja.

Ada blog dikenali kerana keindahan gambar-gambar yang dikongikan..maksimumkan gambar..minimumkan patah perkataan atau ayat-ayatnya...tidak kurang ada blog yang lebih dikenali dan menarik perhahtian kerana kualiti perkongsian dan olahan penulisannya.Citarasa penulis dan pembaca itu berbeza-bezakan..ini fakta.Krana PC sendiri seorang pembaca adakala PC suka sangat lihat setiap gambar yang dikongsikan.Dana kadang lebih fokus pada setiap patah kata yang ditaipkan.

Penting ke gambar pada setiap entri blog..terserah pada pandangan dan kemahuan masing-masing..tak ada yang salah dan tak ada yang betul juga kerana ianya mengikut pertimbangan masing-masing.Setiap gambar itu mewah dengan cerita dan kenangan.

related image
Penting Ke Gambar Pada Setiap Entri Blog | Gambar Google
Jadikan satu medium yang betul untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..untuk nanti siapa tahu menjadi peguambela di mahsyar kelak..aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

24 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam sis, menarik topik ni.Bagi saya sebagai Blogger, gambar dalam entri sangat penting dan sebaiknya sertakan gambar yang berkaitan dengan post yang kita publish.Lagi panjang artikel, lebih pula gambar yang perlu disertakan.Gambar dalam sebuah entri ibarat penyeri dan pelengkap cerita:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam CM.Betul.Gambar ni hint pada setiap entri yang dikongsikan kan..lebih mudah difahami.

      Padam
  3. Bg CCL gambar dalam sesebuah entri blog penting juga . At least paling kurang satu gambar pun dah,cukup lengkap

    BalasPadam
  4. SELITLAH SATU DUA GAMBAR YG BERKAITAN...KALAU BANYAK GMBR OK JUGA TERUTAMA N3 PELANCONGAN MKN2 DLL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak PI..PC suka tengok gambar makanan dan pemandangan yang sahabat-sahabat blogger kongsikan.

      Padam
  5. Saya selitkan gambar juga sebagai penarik mood.

    BalasPadam
  6. bagi saya penting agar pembaca suka artikel kita..

    boleh ambil gambar secara percuma di Pixabay

    BalasPadam
    Balasan
    1. entri menarik..gambar menarik..keseluruhan menjadi menarik semuanya.

      Padam
  7. Pakcik kalau takde gambar, tak reti nak tulis entri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri berdasarkan gmbar ye Pakcik..pun bagus juga.Menarik.

      Padam
  8. Bergantung dgn individu tu sendiri. Kalau sy lebih suka ada gambar.. hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...tergantung pada pemilik blog mahu memilih yang mana..bergambar atau tanpa gambar.

      Padam
  9. Bg sy perlu..atleast 1..tu yg akan menarik org untk klik and bca entry kitaa

    BalasPadam
  10. sebagai pembaca, aida ok je. tak memilih.
    bergantung kpd susunan ayat juga walaupun ada gambar.
    both are important.
    sebagai penulis dlm blog, aida suka nak hias entri dgn at least satu gambar.
    penyeri.
    gambar yg berkaitan. bersesuaian.

    BalasPadam
  11. Sha.. seboleh-bolehnya akan pastikan ada gambar walau sekeping.. Sebab dengan gambar, entry jadi lebih menarik..

    BalasPadam
  12. Betul tu.. ada yang pentingkan gambar ada yang entri takde gambar pun okay, husniey suka je baca mana-mana blog. Cuma kalau cerita pasal makanan, travel rasanya tak lengkap tak letak gambar. Husniey suka letak gambar banyak kadang makan masa lama nak siapkan satu entri travel sebabkan gambar je.. Hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama